fbpx
Now Reading
Lelaki Ditahan Curi 3 Tin Susu Di Miri Bukan Untuk Sara Keluarga, Tapi Untuk Dijual Sebab Nak Beli Dadah

Lelaki Ditahan Curi 3 Tin Susu Di Miri Bukan Untuk Sara Keluarga, Tapi Untuk Dijual Sebab Nak Beli Dadah

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Pengguna media sosial sejak semalam hangat memperkatakan mengenai laporan berita seorang lelaki di Sarawak yang ditahan selepas mencuri tiga tin susu formula bernilai RM294 di sebuah premis di Miri Times Square.

Kegiatan suspek kantoi selepas ianya dirakam kamera litar tertutup (CCTV), yang memperlihakan dia memasuk premis dan terus menuju ke bahagian susu sebelum meninggalkan premis dalam keadaan tergesa-gesa dengan menaiki kereta, lapor Harian Metro.

Foto rakaman sewaktu penahan suspek yang berusia 24 tahun di sebuah rumah di Jalan Maigold, Taman Desa Senadin turut tular sehingga mencuri perhatian orang ramai yang kasihan apabila mengetahui yang dia sudahpun berkahwin dan mempunyai seorang bayi.

Foto tular suspek semasa ditahan

Menyangkakan dia terdesak hingga terpaksa mencuri untuk menyara keluarganya, orang ramai kemudian mula menzahirkan rasa kasihan terhadapnya hingga ada yang tampil mahu membayarkan harga susu berkenaan.

Curi susu untuk dijual bagi membeli dadah

Terbaru Ketua Polis Daerah Miri, ACP Hakemal Hawari mendedahkan lelaki tersebut sebenarnya mencuri bukan untuk menyara keluarga sebaliknya untuk menjualnya bagi membeli dadah.

Menurut beliau suspek adalah seorang penagih dadah tegar malah mempunyai pelbagai rekod jenayah termasuk mencuri.

Menurut ACP Hakemal Hawari suspek adalah seorang penagih dadah tegar malah mempunyai pelbagai rekod jenayah termasuk mencuri.

Bukan susu formula bayi tapi susu orang dewasa

Lebih mengejutkan susu berkenaan bukanlah susu bayi seperti yang disangkakan orang ramai sebelum ini, sebaliknya ia adalah susu untuk orang dewasa.

“Ingin ditegaskan bahawa mencuri adalah salah di sisi undang-undang dan kesempitan hidup bukanlah satu alasan yang sah untuk mencuri.

“Tiga tin susu yang dicuri suspek juga bukan susu formula kanak-kanak tetapi untuk orang dewasa,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Jangan buat spekulasi

Beliau dalam masa sama turut menasihatkan orang ramai agar tidak membuat sebarang spekulasi berhubung kes berkenaan kerana ianya dikhuatiri akan menganggu siasatan pihak berkuasa.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.