fbpx
Now Reading
Ketua Gerakan Anti Vaksin Israel Meninggal Dunia Akibat Covid-19

Ketua Gerakan Anti Vaksin Israel Meninggal Dunia Akibat Covid-19

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Ketua gerakan anti-vaksin dan anti topeng muka Israel, Hai Shaulian meninggal dunia akibat komplikasi Covid-19.

Shaulian yang merupakan penganjur beberapa siri perhimpunan membantah vaksin, pasport vaksin dan juga pemakaian pelitup muka di negara haram Israel, difahamkan meninggal dunia di Wolfson Medical Center di Holon pada awal pagi isnin.

Dia sepanjang berada di hospital sempat berkongsi beberapa perkongsian kepada para pengikutnya di akaun media sosial tentang keadaannya yang kritikal dan memerlukan mesin oksigen.

Malah dia juga sempat memuat naik video di akaun media sosialnya, lapor Jerusalem Post.

“Saya sedang menggunakan mesin oksigen dan tanpanya saya akan sesak nafas. Jika saya mencabutnya dan berjalan sejauh 3 meter saya akan pengsan.

“Saya juga mengalami batuk yang begitu teruk dan terasa seperti tercekik,” katanya didalam video tersebut.

Namun menurutnya semua itu bukan lah berpunca dari Covid-19 sebaliknya kekejaman pihak polis terhadapnya.

Dakwannya dia telah menerima layanan yang buruk sewaktu ditahan pihak polis dimana ada di kalangan anggota polis tersebut yang telah meletakkan kaki mereka di lehernya.

Malah dia turut mendakwa ada cubaan meracuninya oleh polis Jerusalem.

“Saya tak pernah rasa sebegini sepanjang hidup saya. Hampir seminggu saya bergelut seolah tiada apa-apa tapi hari ini saya sudah tidak boleh bernafas.

“Saya kemudian ke HMO sebelum dihantar ke hospital. Sekiranya sesuatu berlaku kepada saya, ketahuilah bahawa ia adalah cubaan pembunuhan,” dakwanya lagi.

Shaulian sebelum mendakwa pandemik sebenarnya tidak wujud dan tidak perlu mengambil vaksin kerana ianya berbahaya.

Foto : Israel National News

Dia kemudiannya ditahan selepas menganjurkan demonstrasi Anti-Green Pass’ di Baitulmaqdis sekitar dua minggu lalu sebelum dihadapkan ke mahkamah pada keesokan harinya.

Namun sewaktu dalam tahanan dia sudah berasa tidak sihat sebelum dibawa ke hospital dan akhirnya disahkan positif Covid-19.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.