fbpx
Now Reading
Rentas Negeri Tidak Tersenarai Dalam Pengurangan SOP PPN- Hishammuddin

Rentas Negeri Tidak Tersenarai Dalam Pengurangan SOP PPN- Hishammuddin

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Jika anda ingat sekitar 14 Sept lalu, Menteri Kanan (Pertahanan) , Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein mengumumkan kerajaan sedang dalam peringkat terakhir dalam mengurangkan SOP Pelan Pemulihan Negara (PPN) dari 181 kepada 10 .

Dari senarai tersebut ramai yang berharap salah satu yang diberi pengecualian adalah kebenaran merentas negeri bagi memudahkan orang ramai pulang ke kampung bertemu keluarga.

Namun terbaharu, beliau mengesahkan rentas negeri tidak termasuk dalam senarai pengurangan prosedur operasi standard PPN, lapor Bernama.

Keputusan rentas negeri perlu diteliti Jawatankuasa khas yang yang dipengerusikan PM

Jelas beliau sebarang keputusan kebenaran merentas negeri perlu diteliti oleh Jawatankuasa Khas Pengurusan Pandemik yang dipengerusikan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob

Foto : Malaymail

“Rentas negeri ada kaitan dengan fasa-fasa dalam Pelan Pemulihan Negara (PPN) negeri-negeri yang berkenaan.

“Tapi syor datang daripada menteri bertanggungawab untuk sektor tertentu dan kemudian dipertimbangkan di pelbagai peringkat termasuk Jawatankuasa Teknikal Pengurusan Pandemik, serta dalam Mesyuarat Menteri Kuartet COVID-19,” katanya.

Beliau dalam masa sama turut memaklumkan Mesyuarat Kedua Menteri Kuartet COVID-19 yang melibatkan beliau, serta beberapa menteri seperti Menteri Komunikasi dan Multimedia Tan Sri Annuar Musa; Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin; Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz akan diadakan esok.

“Mesyuarat akan memberi fokus terhadap usaha mempermudahkan 181 SOP kepada 10 SOP, selain memberi tumpuan terhadap naratif menjelang fasa endemik yang bermula hujung Oktober ini,” katanya.

Turut dihadiri Menteri Pelancongan dan Menteri KBS

Ia difahamkan akan turut disertai Menteri Pelancongan Datuk Seri Nancy Shukri, bagi memberi taklimat mengenai status terkini projek perintis gelembung pelancongan Langkawi dan potensi gelembung pelancongan yang lain serta Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu j bagi menerangkan tentang potensi kelonggaran-kelonggaran lain dalam sektor sukan.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.