fbpx
Now Reading
Memotong di Garisan Berkembar, Polis Siasat Toyota Alphard Hitam

Memotong di Garisan Berkembar, Polis Siasat Toyota Alphard Hitam

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Sejak semalam tular di media sosial rakaman dashcam memperlihatkan sebuah kereta MPV jenis Toyota Alphard berwana hitam yang memotong barisan di sebuah lampu isyarat sebuah jalan yang baru bertukar warna dari merah kepada hijau.

Mula dimuat naik akaun Facebook Ana Tahu dengan tajuk ‘P45.. Macam pernah tengok.. Nak terkencing barangkali, sampai Double Line pun potong..’.” video tersebut nyata mendapat perhatian ramai yang mengecam tindakan pemandu berkenaan yang secara terang-terangan telah melanggar peraturan lalu lintas memandangkan dia memotong di garisan berkembar.

Menurut komen dan suara lelaki yang merakam video tersebut, kereta berkenaan dimiliki seorang Timbalan Menteri.

Malah perkara sama turut dikongsikan beberapa pengguna Twitter hingga menjadi sohor di sana.

Polis Kelantan siasat

Terbaru, Polis Kelantan mengesahkan sudah menerima laporan berkaitan video tular berdurasi 38 saat itu.

Menurut Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Kelantan Superintendan Suhaimi Jusoh berkata, video tersebut menunjukkan rakaman kenderaan jenis Toyota Alphard warna hitam memotong kenderaan di garisan berkembar.

Kejadian berlaku di Chabang Tiga, Gong Dermin

“Berdasarkan video berkenaan, didapati pemandu kenderaan bertindak memotong beberapa kenderaan lain di garisan berkembar secara merbahaya yang mana terdapat kenderaan yang datang dari arah bertentangan.

“Hasil siasatan, kejadian berkenaan berlaku di laluan Bukit Marak-Binjai, berdekatan sebuah jambatan di lampu isyarat Chabang Tiga, Gong Dermin, Kota Bharu.

 Sehubungan ini kes tersebut akan disiasat mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.