fbpx
Now Reading
JPN Sahkan Tiada Kebocoran Data – Menteri Dalam Negeri

JPN Sahkan Tiada Kebocoran Data – Menteri Dalam Negeri

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Sejak semalam media hangat melaporkan mengenai laporan berlakunya kebocoran data 4 juta rakyat Malaysia yang lahir dari tahun 1979 hingga 1998 yang diiklankan disebuah laman pasaran pangkalan data terkemuka dengan harga 0.2 BTC (Bitcoin) iatu bersaman RM32,000.

Mula dikongsikan pakar IT, Adnan Shukor di akaun Twitternya yang bimbang dengan perkara itu berserta dengan tangkap layar iklan berkenaan, si pengiklan mendakwa data tersebut yang bersaiz 31.8GB diambil dari laman sesawang Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).

LHDN bagaimanapun kemudiannya menafikan dakwaan yang kebocoran tersebut berlaku dari laman sesawangnya sebaliknya ia adalah dari data pengguna kepada program dikenali sebagai ‘Application Programming Interfaces’ (API) yang dibuat untuk myIDENTITY di bawah seliaan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Datuk Mohd. Kamaruddin Md. Din kemudiannya dilaporkan berkata, pihaknya telah membuka kertas siasatan bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan, Seksyen 4(1) Akta Jenayah Komputer 1997  bagi menyiasat secara lanjut serta sama ada berlaku penggodaman atau tidak.

JPN sahkan tiada kebocoran & tidak pernah berlaku sebelum ini

Terbaru Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) hari ini mengesahkan tiada sebarang kebocoran atau penjualan data dari myIDENTITY.

Menurut Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainuddin, siasatan dalaman yang dilakukan JPN mendapati tiada sebarang kebocoran berlaku melibatkan pengkalan data tersebut malah ianya tidak pernah berlaku sebelum ini.

“Siasatan dalaman dilakukan, kita dapati tiada kebocoran berlaku malah JPN sahkan tiada sebarang kes sedemikian berlaku sebelum ini. 

“Jangan bimbang, sistem kawalan keselamatan (firewall) kita agak kukuh,” katanya dipetik dari Utusan.

Tambahnya JPN turut memaklumkan terhadap LHDN bagi meminta siasatan dilakukan serta laporan dibuat terhadap Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKKM).

Baca artikel berkaitan :

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.