fbpx
Now Reading
Insiden Rusuhan : 24 Individu Ditahan, Pihak Tokong Serah Diri & Mohon Maaf

Insiden Rusuhan : 24 Individu Ditahan, Pihak Tokong Serah Diri & Mohon Maaf

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Baru-baru ini tular beberapa video di media sosial memperlihatkan satu rusuhan keci di hadapan sebuah tokong di Jalan Sungai Besi, Salak Selatan yang berlaku pada 28 September lalu.

Berpunca dari salah faham yang kononnya rumah ibadat berkenaan akan diroboh pihak berkuasa, sekumpulan individu yang bersenjatakan kayu dan besi telah menyerang sekumpulan pekerja dari Pejabat Tanah dan Galian Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (PTG) yang sedang menjalankan operasi membuat pagar penghadang ‘Hoarding’ bagi membina jalan sebagai laluan untuk ke sekolah berhampiran.

Mereka bukan sahaja menyerang anggota PTG dan merosakkan jenteranya, kumpulan individu berkenaan turut menyerang anggota polis yang sedang mengawal tempat kejadian.

Ekoran dari kejadian rusuhan tersebut polis telah menahan 4 lelaki pada hari kejadian membantu siasatan dan kes iasat dibawah Seksyen 148 dan Seksyen 186 Kanun Keseksaan.

Mereka kemudian berjaya menahan 2 lagi lelaki berusia 38 dan 56 tahun pada jam 8.30 malam, Rabu.

Terbaru Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Muhammad Idzam Jaafar berkata, pihaknya sudah menyerah kertas siasatan  kepada Timbalan Pendakwa Raya  (TPR) dengan cadangan pertuduhan di bawah Seksyen 148, Seksyen 186 dan Seksyen 353 Kanun Keseksaan.

“Selain itu, cadangan pertambahan pertuduhan di bawah Peraturan 17 Peraturan-peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Pelan Pemulihan Negara) 2021.

“Ia memandangkan kesemua suspek telah melanggar prosedur operasi standard (SOP) perintah kawalan pergerakan iaitu berkumpul beramai-ramai di tempat awam,” katanya melalui kenyataan pada Jumaat.

Pihak pengurusan tokong serah diri dan mohon maaf

Mereka kemudian telah mengepus kawasan tokong pada hari khamis sebelum pihak pengurusan tokong menyerah diri dan membuat satu permohonan maaf.

PDRM kemudian telah menahan 18 orang suspek dimana 12 adalah lelaki manakala 6 lagi adalah wanita/

“Kita telah mengepung kawasan tokong untuk membuat tangkapan pada jam 1.30 pagi, Khamis, namun pihak tokong telah menyerah diri serta menyerahkan satu surat permohonan maaf yang ditujukan kepada polis.

“Kita telah menahan seramai 12 lelaki dan enam wanita berusia antara 18 hingga 84 tahun, namun kita membebaskan dua suspek dengan jaminan polis atas faktor usia” kata Muhammad Idzam/


Susulan dari penangkapan 24 individu berkenaan, polis kini telah berjaya menangkap kesemua suspek yang terlibat dalam kejadian rusuhan pada 28 September itu.


© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.