fbpx
Now Reading
Tahniah! Ratu Terjun Negara, Pandelela Rinong Terima Gelaran Datuk

Tahniah! Ratu Terjun Negara, Pandelela Rinong Terima Gelaran Datuk

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Tahniah kami ucapkan kepada ratu terjun negara, Pandelela Rinong yang telah dianugerahkan Panglima Setia Bintang Sarawak (PSBS) yang membawa gelaran ‘Datuk’ sempena Hari Jadi Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Abdul Taib Mahmud, hari ini.

Perenang kelahiran Bau, Sarawak berusia 28 itu antara 1,326 penerima darjah kebesaran dan pingat bersempena dengan ulangtahun kelahiran Abdul Taib yang ke-85.

Menurut laporan BH, selain Pandelela, seramai 16 lagi dianugerahkan PSBS antaranya Senator Dr Zaiedi Suhaili; Senator Dr Nuing Jeluing; Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lingga, Simoi Peri; ADUN Samalaju, Majang Renggi; ADUN Layar, Gerald Rentap Jabu; Timbalan Pesuruhjaya Polis Sarawak, Deputi Komisioner Mancha Ata;

Mendahulu senarai penerima ialah bekas Yang Dipertua Dewan Negara, Tan Sri Abang Ahmad Urai Abang Mohideen yang menerima darjah Datuk Amar Bintang Kenyalang (D.A) yang membawa gelaran ‘Datuk Amar’.

Selain beliau, bekas anggota Kabinet pertama Sarawak selepas pembentukan Malaysia pada 1963, Allahyarham Datuk Seri Pengiran Hipni Pengiran turut menerima darjah yang sama.

Enam lagi menerima darjah Panglima Negara Bintang Sarawak (PNBS) yang membawa gelaran ‘Datuk Seri’ iaitu Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Seri Nancy Shukri; Menteri Pelancongan, Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan Sarawak, Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah; Menteri Pengangkutan Sarawak, Datuk Lee Kim Shin; Peguam Besar Negeri Sarawak, Datuk Talat Mahmood Abdul Rashid; Setiausaha Kewangan Negeri Sarawak, Datuk Dr Wan Lizozman Wan Omar dan ahli perniagaan, Datuk Kho Kak Beng.

Menjengah ke akaun instagramnya, rakan sukan dan orang ramai antaranya pemenang pingat Emas Paralimpik Tokyo 2021, Abdul Latif Romly dilihat mengambil kesempatan mengucapkan tahniah kepada Pandelela menerusi ruangan komen pada posting terbarunya selepas menerima gelaran berkenaan.

Sebagai rekod Pandelela merupakan atlet wanita pertama negara yang pernah memenangi pingat Olimpik (pingat gangsa) iaitu dalam acara terjunan 10 meter platform wanita pada Sukan Olimpik London 2012 diikuti pingat perak pada Olimpik Rio 2016 bersama gandingannya Cheong Jun Hoong  dalam acara terjun 10 meter platform seirama wanita.

Selain Olimpik beliau juga banyak menjuarai kejohanan dunia, antaranya pingat Emas Kejohanan Piala Dunia Terjun FINA 2021 di Tokyo, Komanwel dan banyak lagi.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.