fbpx
Now Reading
Berang Minta Duit Tak Dapat, Anak Nekad Bakar Rumah Emak [Video]

Berang Minta Duit Tak Dapat, Anak Nekad Bakar Rumah Emak [Video]

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Siapa sangka hanya kerana berang tidak diberikan wang, seorang lelaki yang merupakan bekas banduan nekad membakar rumah ibunya di Jalan Iskandar, Kampung Bukit Kapar, Klang.

Lelaki berkenaan yang berusia lingkungan 30-an difahamkan baru seminggu keluar dari penjara.

Menurut Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner S. Vijaya, pihak menerima menerima aduan daripada seorang wanita yang bekerja sebagai kerani pada jam 3.30 petang memaklumkan rumahnya telah terbakar.

Dia yang merupakan anak saudara kepada suspek kemudiannya bergegas pulang kerumah dari pejabat sebaik membuat laporan.

“Pengadu yang berada di tempat kerja segera pulang dan mendapati api sedang marak dan pihak bomba sedang berusaha memadam api.

“Hasil siasatan mendapati rumah tersebut adalah rumah kampung jenis berkembar dan suspek merupakan saudara yang tinggal bersebelahan rumahnya,” katanya lapor Kosmo.

Video insiden berkenaan turut dikongsikan Kosmo di akaun Facebook mereka.

Jumpa ibu dan ugut bakar rumah jika tak dapat duit

Mengulas lebih lanjut mengenai insiden, S. Vijaya memaklumkan suspek pada awalnya telah berjumpa dengan ibunya tidak jauh dari tempat kejadian bagi meminta wang tetapi gagal.

Dia kemudian mengugut akan membakar rumah berkenaan jika permintaannya tidak ditunaikan.

“Sebelum kejadian, suspek dikatakan telah berjumpa dengan ibunya tidak jauh dari tempat kejadian bagi meminta wang tetapi gagal.

“Suspek telah membuat ugutan kepada ibunya bahawa dia akan membakar rumah sekiranya ibunya tidak memberikan wang sebelum beredar.

“Semasa kejadian rumah mangsa tidak berpenghuni kerana keluar bekerja,” katanya menerusi kenyataan itu lagi.

Suspek berjaya ditahan dan kini direman 4 hari

Suspek kemudian berjaya ditahan pada sekitar 6 petang dan sudah direman selama 4 hari sehingga 15 Oktober ini bagi membantu siasatan mengikut Seskyen 435 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan bencana dengan menggunakan api.  

“Siasatan masih dijalankan sama ada wang yang diminta tersebut adalah bagi pembelian dadah.

“Suspek kini direman selama empat hari dan kes disiasat mengikut Seksyen 435 Kanun Keseksaan,” tegasnya.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.