fbpx
Now Reading
Lima Orang Awam Mati & 2 Cedera Dipanah Di Norway

Lima Orang Awam Mati & 2 Cedera Dipanah Di Norway

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Umpama filem Marvel, seorang lelaki yang bersenjatakan busur dan anak panah telah menyerang orang awam secara rambang di Norway sehingga menyebabkan lima individu terbunuh manakala 2 tercedera.

Dalam kejadian yang berlaku di beberapa lokasi Kongsberg, Tenggara Norway pada rabu sekitar 6.15 petang waktu tempatan itu, suspek yang berusia lingkungan 30-an yang bertindak seorang diri akhirnya berjaya ditahan pihak polis.

Menurut Ketua Polis Kongsberg, Øyvind Aas mereka tidak menolak sebarang kemungkinan mengenai punca serangan itu termasuk tindakan pengganas namun mereka masih lagi menyiasat motif sebenar suspek melakukan serangan berkenaan.

“Lima mangsa maut dan dua yang cedera sedang dirawat di unit rawatan rapi (ICU) di hospital namun mereka dalam keadaan stabil.

“Salah seorang yang cedera adalah pegawai polis tidak bertugas, yang berada di sebuah kedai di salah satu lokasi berkenaan.

“Lelaki terbabit sudah ditahan polis dan berdasarkan maklumat kami, hanya seorang saja yang bertanggungjawab dalam serangan itu.

Tambahnya suspek juga masih belum disoal siasat selain terlalu awal untuk mengetahui motifnya.

“Untuk mengungkap kejadian ini, tidak dapat dipastikan adakah ini serangan pengganas. Suspek belum disoal siasat dan masih terlalu awal untuk menjelaskan motifnya,” katanya pada sidang media.

Siasatan awal pihak berkuasa mendapati suspek didapati berjalan di bandar berkenaan dan memanah orang ramai secara rambang menggunakan busur dan anak panah.

Difahamkan polis menerima laporan serangan sekitar 6.30 petang dan berjaya menangkap suspek 20 minit selepas itu.

Laman stesen penyiaran awam NRK menerbitkan gambar dikongsi saksi menunjukkan anak panah yang terpacak di dinding bangunan berpanel kayu.

Busur anak panah yang terpacak di salah satu lokasi serangan Foto : NRK

Ekoran dari serangan yang mengejutkakan itu, pihak atas polis kini lmengarahkan semua  pegawai untuk sentiasa membawa senjata api. 

Lazimnya pegawai tidak membawa senjata api semasa bertugas namum bolehnya apabila diperlukan.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.