fbpx
Now Reading
PPN: Melaka, Lembah Klang Ke Fasa 4 Manakala Kelantan, Perak, Pulau Pinang, Sabah & Kedah Ke Fasa 3 Mulai Isnin – PM

PPN: Melaka, Lembah Klang Ke Fasa 4 Manakala Kelantan, Perak, Pulau Pinang, Sabah & Kedah Ke Fasa 3 Mulai Isnin – PM

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Mesyuarat Jawatankuasa Khas Pengurusan Pandemik hari ini sebulat suara membenarkan peralihan lapan negeri ke fasa baru bagi Pelan Pemulihan Negara (PPN)

Menurut Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, Melaka dan Lembah Klang akan beralih ke Fasa 4 manakala , Kelantan, Perak, Pulau Pinang, Sabah dan Kedah pula akan beralih ke Fasa 3.

Kesemua peralihan ini akan berkuatkuasa bermula isnin, 18 Oktober 2021.

Beliau menerusi satu kenyatan menjelaskan peralihan fasa itu adalah mengikut garis panduan yang ditetapkan Pelan Pemulihan Negara dan peratusan kadar vaksinasi lengkap populasi dewasa.

Dengan peralihan ini juga, tiada lagi negeri yang akan berada di Fasa 1 & 2.

“Peralihan fasa ini mengikut garis panduan yang ditetapkan PPN dan peratusan kadar vaksinasi lengkap populasi dewasa.

“Dengan peralihan fasa bagi negeri yang dinyatakan, Malaysia secara keseluruhannya kini beralih ke Fasa 3,” katanya dalam kenyataan berkenaan.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.