fbpx
Now Reading
Rampasan Heroin Terbesar, Polis Australia Tahan Rakyat Malaysia Seludup Dadah Bernilai RM431 Juta

Rampasan Heroin Terbesar, Polis Australia Tahan Rakyat Malaysia Seludup Dadah Bernilai RM431 Juta

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Polis Australia baru-baru ini mengumumkan telah merampas dadah jenis heroin seberat 450 kg bernilai AUD 140 Juta atau bersamaan RM431 juta dalam satu serbuan di Melbourne.

Menurut Pegawai Kanan Polis, Krissy Barret, 1,290 bungkusan heroin ditemui disorokkan didalam sebuah kontena yang diisytiharkan membawa bungkusan berisi jubin sekaligus menjadikan ianya rampasan dadah heroin terbesar di negara Kangaru tersebut.

Kapal berkenaan difahamkan tiba dari Malaysia pada 29 September lalu dan ianya kemudian dihantar ke sebuah kawasan perindustrian berhampiran lapangan terbang Melbourne pada minggu lalu.

 Hasil dari serbuan tersebut mereka berjaya menahan seorang suspek iaitu rakyat Malaysia yang dipercayai terlibat dalam penyeludupan berkenaan.

Sehubungan itu suspek lelaki yang tidak dinamakan itu telah direman dan sudah dihadapkan ke Mahkamah Majistret Melbourne pada Jumaat.

Foto : Australian Federal Office

Dalam pada itu, Polis Diraja Malaysia (PDRM) memaklumkan sedang bekerjasama dengan pihak berkuasa Australia bagi menjalankan siasatan lanjut berhubung insiden tersebut.

Menurut Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman Razarudin Husain, siasatan sedang dijalankan kedua-dua pihak menerusi kerjasama Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik PDRM dan pihak Polis Persekutuan Australia (AFP).

Jelas beliau, tindakan akan diambil oleh PDRM dalam memastikan kegiatan pengedaran dan penyeludupan dadah dapat dibanteras tanpa kompromi.

Foto : AFP

“Media telah melaporkan seorang warganegara Malaysia ditahan oleh pihak berkuasa Australia kerana cuba menyeludup masuk 450 kilogram dadah jenis heroin bernilai RM431.8 juta ke Australia.

“JSJN Polis Diraja Malaysia kini sedang bekerjasama dengan pihak Australian Federal Police (AFP) bagi menjalankan siasatan lanjut berhubung kes berkenaan,” kata beliau dalam kenyataan.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.