fbpx
Now Reading
Rumah Dikepung Tentera Tak Dikenali, PM Sudan & 4 Menteri Ditahan

Rumah Dikepung Tentera Tak Dikenali, PM Sudan & 4 Menteri Ditahan

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Perdana Menteri Sudan, Abdalla Hamdok bersama isterinya  Muna Abdallah dilaporkan telah ditahan selepas rumahnya dikepung oleh sekumpulan askar yang tidak dikenali pada awal pagi isnin.

Selain Hamdok, empat lagi menteri dan seorang wakil awam Majlis Berdaulat turut ditahan lapor Arab News.

Menerusi beberapa foto tular di media sosial, kelihatan Menteri Perindustrian dan Perdagangan Sudan, Ibrahim al-Sheikh, dan menteri penerangan serta penasihat media Hamdok turut ditahan dipercayai satu tindakan rampasan kuasa oleh tentera.

Malah Gabenor Khatoum, Ayman Khalid turut ditahan lapor Al Jazeera.

Menurut Kementerian Penerangan Sudan, pemimpin Sudan itu kini ditekan agar mengeluarkan kenyataan menyokong ‘pengambil alihan kuasa’ tetapi dia sebaliknya memohon rakyat untuk turun ke jalanan dan melakukan protes.

“Sudanese Prime Minister Abdalla Hamdok, in a message from his house arrest, asks the Sudanese to adhere to peaceful (means of protest) and occupy the streets to defend their revolution

Kementeri Penerananga Sudan

Tindakannya tidak menyokong peralihan kuasa tersebut menyebabkan tentera membawanya kesebuah lokasi yang tidak diketahui.

Menurut laporan media tempatan, insiden berkenaan menyebabkan ramai rakyat Sudan kini mula memenuhi jalan-jalan di Khartoum sebagai membantah cubaan rampasan kuasa tentera itu.

Mereka dalam masa sama turut memaklumkan tiada pesawat yang dibenarkan berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Khartoum selain perkhidmatan internet dan telefon disana kini turut mengalami gangguan.

Terdahulu pada Ahad, polis di Khartoum telah bertindak menggunakan gas pemedih mata dalam menyuraikan penunjuk perasaan yang menuntut agar peralihan kuasa daripada tentera kepada kerajaan awam.


© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.