fbpx
Now Reading
Hanya Kerana Tak Siapkan Kerja Sekolah, Murid Di Indonesia Meninggal Dunia Dipercayai Dipukul Guru

Hanya Kerana Tak Siapkan Kerja Sekolah, Murid Di Indonesia Meninggal Dunia Dipercayai Dipukul Guru

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Seorang pelajar berusia 13 tahun di Nusa Tenggara Timur, Indonesia dilaporkan meninggal dunia dipercayai akibat dipukul gurunya sendiri.

Menurut laporan Kompas, kejadian tragis tersebut berlaku disebakan pelajar berkenaan yang hanya dikenali sebagai MM tidak menyiapkan kerja rumah.

Dalam kejadian yang berlaku pada jam 11 pagi pada sabtu lalu, guru itu yang hanya dikenali dengan nama SK difahamkan mula menjadi emosi dan marah sebaik mengetahui anak muridnya itu tidak menyiapkan kerja rumah yang telah diberikannya.

Dia kemudian bertindak memukul bahagian atas badan murid tersebut menggunakan tanggan sebelum merotan betisnya.

Tidak cukup dengan ‘hukuman’ berkenaan, guru tersebut turut didakwa menendang punggung anak muridnya itu. Tindakan tersebut kemudian menyebabkan pelajar berkenaan mengalami bengkak-bengkak di bahagian leher, punggung dan juga betis.

Mangsa kemudian pulang ke rumah dan mengadukan insiden tersebut kepada kedua ibu-bapanya. Namun keesokan harinya, mangsa secara tiba-tiba mengadu kesakitan yang teramat.

Foto sekadar hiasan Foto : Pixabay

Dia kemudian dibawa ke Hospital Umum Kabalahi Alor untuk menjalani rawatan dan sempat dirawat selama dua hari namun kemudiannya disahkan meninggal dunia semalam, 26 Oktober.

“Mangsa sempat dirawat selama dua hari di hospital namun akhirnya meninggal dunia pada pagi ini (semalam) sekitar pukul 10.00.” kata Ketua Polis Alor, Agustinus Christmas kepada Kompas.

Mereka kemudian telah bertindak menahan suspek sekitar jam 1 tengahari bagi membantu siasatan.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.