fbpx
Now Reading
Hilux Rempuh Alza & Gerai Selepas Pemandu Pengsan Mengejut Gara-Gara Lapar Tak Makan [Video]

Hilux Rempuh Alza & Gerai Selepas Pemandu Pengsan Mengejut Gara-Gara Lapar Tak Makan [Video]

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Sejak semalam tular satu video kemalangan di media sosial memperlihankan sebuah pikap jenis Toyota Hilux yang merempuh sebuah Perodua Alza sebelum merempuh beberapa gerai dipercayai di Kajang.

Menerusi video tersebut dapat dilihat, orang ramai cuba memecahkan tingkap kereta Hilux berkenaan sewaktu ia tersangkut pada Alza berkenaan di arah bertentangan namun cubaan mereka tidak berjaya selepas kereta tersebut tiba-tiba meluncur laju dan merempuh beberapa gerai pula sebelum akhirnya melanggar sebuah rumah kedai.

Video tersebut mengejutkan orang ramai sehingga ada yang tertanya-tanya apa sebenarnya yang terjadi kepada pemandu tersebut sehingga keretanya gagal dikawal sebegitu rupa.

Terbaru Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Mohd. Zaid Hassan menjelaskan kejadian berpunca selepas pemandu Hilux berusia 39 itu secara tiba-tiba pitam.

Dalam kejadian yang berlaku pada jam sekitar 6 petang semalam di Taman Jenaris Kajang  itu, pemandu Toyota Hilux itu dikatakan dalam perjalanan dari pasar raya di Prima Saujana menuju ke Kajang tiba-tiba pitam akibat tidak makan.

“Siasatan mendapati pemandu itu pengsan ketika memandu kerana tidak makan.

“Akibat itu, dia termasuk laluan bertentangan sehingga merempuh sebuah kereta Perodua Alza dan terbabas di kanan jalan dan melanggar rumah kedai di lokasi kejadian. 

“Kedua-dua pemandu tidak cedera, namun kenderaan mereka ada kerosakan susulan kemalangan berkenaan,” katanya dalam satu kenyataan semalam. 

Tambah beliau lagi, hasil ujian alkohol mendapati pemandu Hilux tidak mabuk ketika memandu manakala ujian saringan air kencing didapati negatif dadah.

“Kes disiasat mengikut Peraturan 10 Kaedah-Kaedah Lalulintas Jalan 1959 (Rule 10 LN 166/59),” katanya

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.