fbpx
Now Reading
Bajet 2022 : Ini Antara Senarai Inisiatif & Bantuan Yang Diumumkan Kerajaan

Bajet 2022 : Ini Antara Senarai Inisiatif & Bantuan Yang Diumumkan Kerajaan

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz hari ini telah membuat pembentangan Bajet 2022 berjumlah RM332.1 bilion di Dewan Rakyat yang menyaksikan peruntukan tertinggi dalam sejarah belanjawan negara.

Jelas Tengku Zafrul, dari jumlah keseluruhan itu, RM233.5 bilion diperuntukkkan bagi perbelanjaan mengurus manakala RM75.6 bilion perbelanjaan pembangunan sebagai usaha meningkatkan taraf hidup rakyat serta ekonomi.

Menerusi pembentangan sama, beliau turut mengumumkan beberapa inisiatif bantuan kepada rakyat Malaysia.

Jadi bagi memudahkan anda, di bawah kami kongsikan beberapa senarai bantuan atau inisiatif yang mungkin menarik perhatian anda.

#1 RM2,000 Secara One Off Menerusi Bantuan Keluarga Malaysia (BKM)

Kerajaan telah memperkenalkan Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) dengan peruntukan sebanyak RM8.2 bilion yang dijangka memanfaatkan 9.6 juta penerima.

Bagi BKM ini, kerajaan akan menyalurkan bantuan secara one off sebanyak RM2,000 kepada isi rumah yang mempunyai tiga orang anak atau lebih.

Namun bantuan in hanya tesedia untuk keluarga yang mempunyai pendapatan kurang daripada RM2,500 sebulan.

#2 Ibu/bapa tunggal yang mempunyai tanggungan akan terima RM500

Selain itu, kerajaan di bawah Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) juga akan menyalurkan sebanyak RM500 kepada ibu atau bapa tunggal yang mempunyai anak tanggungan dengan pendapatan isi rumah sehingga RM5,000 sebulan.

#3 Bantuan tambahan RM300 untuk warga emas

Selain itu kerajaan juga akan memberikan bantuan tambahan sebanyak RM300 diberikan kepada isi rumah warga emas. 

#4 Bantuan Awal Persekolahan RM150

Kerajaan akan menyediakan Bantuan Awal Persekolahan sebanyak RM150 bagi meringankan beban ibu bapa menyediakan kelengkapan sekolah anak-anak.

“Sejumlah RM450 juta diperuntukan yang dijangka memanfaatkan tiga juta murid yang layak.

“Bagi tahun 2022, kerajaan bersetuju untuk memberikan Bantuan Awal Persekolahan sebanyak RM150, iaitu meningkat sebanyak RM100 sebelum ini,” kata Tengku Zafrul.

#5 Pelepasan cukai sehingga RM2,500 untuk pembelian peranti dan komputer

Selain itu kerajaan bercadang meneruskan pelepasan khas cukai pendapatan individu sehingga RM2,500 bagi pembelian telefon bimbit, komputer dan tablet sehingga 31 Disember 2022.

#6 Subsidi 50% atau sehingga Rm150 untuk pembelian kerusi keselamatan kanak-kanak

Kerajaan akan memberikan subsidi 50% atau sehingga RM150 bagi pembelian kerusi keselamatan kanak-kanak kepada keluarga B40.

Bagi subsidi ini, RM30 juta akan disediakan bagi memanfaatkan 188,000 keluarga B40.

#7 Diskaun 15% Bayaran Balik PTPTN

Kerajaan bersetuju beri diskaun bayaran balik Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi (PTPTN) iaitu 15% atas baki hutang untuk penyelesaian penuh pinjaman atau 12% untuk bayaran sekurang-kurangnya 50% daripada baki hutang bagi sekali bayaran.

Diskaun ini akan diberikan bagi pembayaran balik pinjaman PTPTN bermula 1 November 2021 sehingga 30 April 2022

“Bagi memudahkan proses bayaran balik dan memupuk sikap bertanggungjawab, kerajaan bersetuju memberikan diskaun bayaran balik pinjaman PTPTN bermula 1 November 2021 sehingga 30 April 2022,” katanya.

#8 Inisiatif Peranti Siswa

Kerajaan bersama syarikat telekomunikasi terpilih akan melaksanakan inisiatif Peranti Siswa Keluarga Malaysia bagi membekalkan sebuah tablet kepada setiap pelajar B40 di IPT.

Bagi tujuan ini, kerajaan akan menyediakan peruntukan RM450 juta di samping komitmen syarikat telekomunikasi yang turut menyumbang RM65 juta.

Dijangkakan 600,000 siswa-siswi daripada keluarga B40 bakal menerima manfaat daripada inisiatif berkenaan.

#9 RM150 Dikredit Secara Terus Ke akaun e-Wallet belia berumur 18 hingga 20 tahun

Dalam usaha memupuk budaya transaksi tanpa tunai di premis perniagaan, kerajaan akan mengkreditkan RM150 secara one-off ke dalam akaun e-dompet belia berumur 18 hingga 20 tahun menerusi program e-Start iaitu sebuah Skim Transaksi Tanpa Tunai yang akan bermula tahun hadapan.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.