fbpx
Now Reading
Bajet 2022 : Orang Bujang Dapat Bantuan BKM RM350 – Tengku Zafrul

Bajet 2022 : Orang Bujang Dapat Bantuan BKM RM350 – Tengku Zafrul

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Sejak semalam topik mengenai Bajet 2022 hangat diperkatakan di media sosial khususnya oleh golongan bujang yang menyuarakan kekecewaan kerana ‘tercicir’ ekoran tiada bantuan yang diumumkan untuk mereka sewaktu pembentangan Bajet 2022 di Dewan Rakyat.

Isu tersebut akhirnya sampai ke pengetahuan Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz yang tampil menjelaskan bahawa orang bujang sebenarnya tidak disisihkan.

Beliau menerusi satu hantaran di Facebook saliknya memaklumkan golongan bujang juga akan turut menerima bantuan di bawah inisiatif Bantuan Keluarga Malaysia (BKM).

Untuk bujang gaji RM2500 kebawah

Menerusi jadual yang dikongsikan, golongan bujang dengan gaji bawah RM2,500 layak menerima RM350 BKM tersebut.

“Ramai yang bertanya di media sosial, Bantuan Keluarga Malaysia ni tak ada ke untuk bujang?

“Adaaa. Ucapan Bajet tu sebenarnya cuma sebahagian dari pelbagai bantuan yang disediakan untuk #KeluargaMalaysia,” kata Tengku Zafrul.

Jelas beliau lagi, bantuan tersebut tidak diumum sebab kekangan masa malah terdapat pelabgai lagi bantuan yang disediakan untuk keluarga Malaysia yang belum sempat diumumkannya.

Kalau nak kita senaraikan semua, sampai malam pun mungkin tak habis ucapan. Tapi dalam Bajet2022 memang ada macam-macam bantuan untuk semua lapisan masyarakat.

Keluarga Isi rumah pendapatan kurang dari RM5k turut dapat bantuan

Menerusi jadual sama, isi rumah berpendapatan lebih RM2,500 dan kurang dari RM5,000 turut layar menerima BKM yang dipecahkan kepada 3 kategori iatu RM400 (untuk tiada anak), RM600 (1-2 anak) dan RM800 (3 anak ke atas)

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.