fbpx
Now Reading
Minah Salleh Buat Kecoh Tak Pakai Pelitup Muka Di KLCC & BSC Dikompaun RM3,000

Minah Salleh Buat Kecoh Tak Pakai Pelitup Muka Di KLCC & BSC Dikompaun RM3,000

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Baru-baru ini tular sebuah video memperlihatkan seorang wanita bukan warganegara mengamuk dan naik angin apabila dihalang daripada memasuki butik Dior di KLCC gara-gara keengganannya memakai pelitup muka.

Dua hari kemudiannya tular sebuah lagi video memperlihatkan individu sama dilihat membuat ‘onar’ dan dihalang dari memasuki pusat beli belah Bangsar Shopping Center (BSC) dipercayai kerana isu sama selain dipercayai enggan mengimbas aplikasi MySejahtera.

Baca artikel berkaitan:

https://www.buzzkini.com/trending/2021/10/27/minah-saleh-naik-angin-dihalang-masuk-butik-mewah-di-klcc-gara-gara-tak-pakai-mask-video/

Baca artikel berkaitan :

https://www.buzzkini.com/trending/2021/10/29/si-karen-ni-lagi-selepas-dior-klcc-minah-salleh-tular-buat-hal-di-bangsar-shopping-center-pula-video/

Sudah dikenal pasti Polis Daerah Dang Wangi

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Noor Dellhan Yahaya kemudian memaklumkan telah mengenalpasti wanita berusia lingkungan 50-an berkenaan dan memanggilnya untuk memberikan keterangan.

Juga sedang disiasat IPD Brickfields

Wanita berkenaan dalam masa sama juga dalam siasatan polis daerah Brickfields kerana kesalahan sama iaitu tidak memakai pelitup muka di BSC

Sudah dikompaun

Terbaharu, Noor Delhan menerusi satu kenyataan media memaklumkan siasatan sudah pun selesai dijalankan dan wanita tersebut sudah pun dikompaun sebanyak RM3,000 bagi dua kesalahan di bawah Peraturan 17 (1) Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-langkah didalam kawasan tempatan jangkitan).

Menurut beliau dua kesalahan yang dilakukan wanita berkenaan adalah :

1. Kegagalan mendaftar masuk menggunakan aplikasi MySejahtera ke premis
2. Gagal memakai pelitup muka ketika berada didalam premis sebagai yang diarahkan Ketua Pengarah Kesihata.

“Justeru orang ramai dinasihatkan supaya sentiasa mematuhi SOP yang sedang berkuatkuasa dan tindakan di bawah peruntukan undang-undang akan diambil jika berlaku ketidakpatuhan” kata beliau lagi.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.