fbpx
Now Reading
“Bukan Sebab Duit! ” – Pernah Tular Isu Tertukar Bayi, Dua Ibu Nekad Teruskan Saman Terhadap Hospital Swasta [Video]

“Bukan Sebab Duit! ” – Pernah Tular Isu Tertukar Bayi, Dua Ibu Nekad Teruskan Saman Terhadap Hospital Swasta [Video]

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Jika anda ingat sekitar jun lalu, tular di media sosial kes tertukar bayi di sebuah hospital swasta di Shah Alam, Selangor sehingga menjadi tumpuan rakyat Malaysia

Perkara tersebut hanya disedari Siti Suriani atau lebih dikenali sebagai Siti Jamumall di kalangan pengguna Facebook ketika dia sudah pulang ke rumah lalu lantas ke hospital berkenaan iaitu Hospital Umra sebelum berjaya menemui ibu yang tertukar bayi dengannya iaitu Diana Hanani.

Mereka berdua yang kecewa dengan insiden tersebut kemudian bercadang untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap hospital terbabit.

Terbaru, Siti Suriani menerusi satu sidang media ‘Bayi Tertukar’ yang disiarkan secara langsung di Facebook & TikTok mengesahkan yang dia bersama Diana akan meneruskan proses perundangan terhadap Hospital Umra berhubung insiden tersebut.

Bukan sebab duit

Menegaskan tindakan tersebut bukan bermotifkan duit, Siti Jamumall berkata tindakan tersebut adalah satu mesej kepada orang ramai agar lebih berhati-hati.

“Ini bukan sebab duit…

“Kita nak jadikan ini satu mesej penting kepada masyarakat dan semua orang supaya lebih berhati-hati.

“Ini bukan sesuatu yang tak mungkin boleh terjadi. Saya percaya kes tertukar bayi bukan pertama kali berlaku, tapi belum lagi dibawa hingga ke mahkamah” ujarnya pada sidang media tersebut.

Bersama Diana dan suaminya, sidang media tersebut turut disertai pasangan Diana Hanani dan suami, serta peguam yang mewakili mereka dari Tetuan Marcus Tan & Co.

Lebih nekad untuk meneruskan kerana cara pihak hospital menguruskan insiden tersebut

Tambahnya lagi, dia lebih nekad untuk membawa perkara tersebut ke muka pengadilan adalah disebabkan cara pihak hospital berkenaan mengendalikan insiden berkenaan.

“Hari kami dipanggil semula ke hospital untuk tukar semula bayi, saya ada berjumpa dengan orang atasan. Mereka ada cakap apa yang berlaku adalah sesuatu di luar jangkaan.

“Saya ada terdengar mereka nak buang staf yang terlibat. Bagi saya, bukan saya puas hati kalau mereka ambil tindakan nak buang, bagi saya adalah kebertanggungjawaban mereka ke atas anak saya.

“Anak saya dilahirkan pada 2.36 pagi, tapi esoknya dah dibenarkan keluar. Belum cukup 24 jam di bawah pemantauan pihak hospital. Itu sangat merisaukan saya.

“Saya sendiri pula yang terpaksa tanya adakah anak saya dah dapat suntikan, mengenai ujian DNA… saya yang minta hospital buat pemeriksaan yang lebih jelas,

@jamumall.com

Terima kasih atas bantuan peguam saya @msian_lawyer_oe

♬ original sound – Jamumall.com

Maklumat dari hospital tidak lengkap – Peguam

Dalam pada itu peguam cara yang memakili kedua ibu berkenaan, Tetuan Marcus Tan dan Co menjelaskan maklumat yang diterima kedua ibu itu tidak lengkap dan pihaknya masih menunggu maklum balas daripada pihak hospital berkenaan laporan perubatan yang lengkap.

Jelasnya laporan tersebut diperlukan bagi mengambil langkah seterusnya kepada pihak hospital terbabit.

“Berkenaan kejadian bayi tertukar, pihak Siti Suriani dan Dianah telah melantik peguam cara untuk mendapat nasihat mengenai langkah-langkah seterusnya dan tindakan undang-undang yang boleh diambil terhadap hospital berkenaan.

“Pada masa ini, satu surat telah dihantar oleh Tetuan Marcus Tan dan Co kepada pihak hospital memohon kerjasama bagi menyediakan rekod kelahiran dan perubatan yang berkaitan,” lapor Awani.

Menerusi laporan mStar pula, Marcus Tan berkata, ketika ini pihaknya sudah memfailkan saman pemula untuk proses penzahiran (discovery).

“Setelah sekiranya kami diberi satu perintah oleh mahkamah, kami akan gunakan maklumat tersebut untuk failkan saman yang seterusnya.

10 November tarikh pengurusan kes

Difahamkan mahkamah telah menetapkan 10 November ini sebagai tarikh pengurusan kes.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.