fbpx
Now Reading
Kit Ujian Kendiri Kini Boleh Didapati Pada Harga RM6.90 Di Kedai Terpilih

Kit Ujian Kendiri Kini Boleh Didapati Pada Harga RM6.90 Di Kedai Terpilih

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Selepas hampir dua minggu menunggu, pengguna kini boleh mendapatkan kit ujian kendiri kini pada harga serendah RM6.90.

Menerusi satu ciapan Bernama, Menteri Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Malaysia (KPDNHEP), Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata kit ujian kendiri COVID-19 dengan harga tersebut boleh didapati di beberapa lokasi tertentu seperti pasaraya, kedai serbaneka, stesen minyak terpilih.

“Pastinya ini berita baik bagi pengguna memandangkan keadaan semasa dan keperluan untuk ujian kendiri dijalankan,” katanya sewaktu pelancaran penjualan kit ujian kendiri Covid-19 di KK Supermart di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA2) dan sewaktu meninjau pelaksanaan Skim Harga Maksimum Musim Perayaan Deepavali 2021, pada Isnin.

Menurut Nanta, walaupun KPDNHEP dimaklumkan harga kit ini ditawarkan pada RM6.90 seunit, ada beberapa premis seperti KK Supermarket yang menjualnya pada harga lebih rendah iaitu RM6.60 seunit.

Perkara tersebut dikongsikan beliau tidak sampai beberapa hari selepas Timbalan Menteri KPDNHEP, Datuk Rosol Wahid di Sidang Dewan Rakyar memaklumkan penjualan kit ujian kendiri COVID-19 akan mula diperluaskan ke semua lokasi berkenaan dengan ada yang ditawarkan dibawah RM 10.

Jelas Rosol, inisiatif itu diambil bagi memudahkan lagi pengguna mendapatkan kit ujian tersebut, selain menggalakkan persaingan sihat dalam pasaran.

Foto : Malaymail

“Pada asalnya, kementerian bercadang untuk menentukan harga maksimum, mungkin RM15 atau RM13, namun apabila ramai pemain industri datang dan beradvokasi (perakuan) dengan kita, ada yang tawarkan untuk menjualnya di bawah RM10.

“Jika dibenarkan dijual di pasaran terbuka yang diluluskan Pihak Berkuasa Peranti Perubatan (MDA), maka mereka boleh jual dengan harga lebih murah.

“Jadi, saya yakin menerusi komitmen dan janji yang dibuat pemain industri ini dan akan dikotakan pada akhir bulan ini. Jadinya kementerian beranggapan tidak perlu tentukan harga maksimum, kita biarkan pasaran menentukan harganya,”  kata Rosol sewaktu penggulungan Rang Undang-Undang Perihal Dagangan (Pindaan) 2021, khamis lalu.

Foto Header : Utusan

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.