fbpx
Now Reading
Kes Bunuh Zulfarhan, 18 Penuntut UPNM Didapati Bersalah

Kes Bunuh Zulfarhan, 18 Penuntut UPNM Didapati Bersalah

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Lapan belas penuntut Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) yang didakwa atas pertuduhan membunuh, bersubahat membunuh, dan mencederakan Pegawai Kadet Laut UPNM Zulfarhan Osman Zulkarnain hari ini didapati bersalah oleh Mahkamah Tinggi di bawah Seksyen 304 Kanun Keseksaan serta Seksyen 330 Kanun Keseksaan.

Enam bersalah membunuh dan bersubahat membunuh

Hakim Datuk Azman Abdullah ketika membacakan keputusan itu berkata, enam tertuduh didapati bersalah di bawah Seksyen 304 Kanun Keseksaan kerana membunuh dan bersubahat membunuh arwah.

Keenam mereka yang dimaksudkan adalah Muhammad Akmal Zuhairi Azmal, Muhammad Azamuddin Mad Sofi, Muhammad Najib Mohd Razi, Muhammad Afif Najmudin Azahat Mohamad Shobirin Sabri dan Abdoul Hakeem Mohd Ali.

Mereka bagaimanapun terlepas hukuman gantung kerana hukuman dipinda daripada Seksyen 302 Kanun Keseksaan kepada Seksyen 304 (a) Kanun Keseksaaan.

Bukti menunjukkan keenam-enam tertuduh didakwa menceerakan hingga menyebabkan kematian tanpa niat membuah arwah.

12 lagi bersalah mencederakan arwah

Mahkamah dalam masa mendapati 12 yang lain bersalah di bawah Seksyen 330 Kanun Keseksaan iaitu dengan sengaja menyebabkan kecederaan terhadap mangsa untuk mendapatkan pengakuan bahawa dia telah mencuri komputer riba.

12 terduduh tersebut ialah Mohd Hafiz Fauzan Ismail, Mohamad Lukhmanul Hakim Mohd Zain, Ahmad Shafwan Berdal, Muhammad Amirul Asraff Mala, Luqman Hakim Shamsuri Agus, Muhammad Sufi Mohd Mustapha, Noriznan Izzairi Noor Azhar, Muhamad Ashraf Abdullah, Muhammad Danial Firdaus Azmir, Muhammad Hasif Ismail, Muhammad Adib Iman Fuad Adi Sany dan Mohamad Syazwan Musa.

Menerusi laporan Awani, mahkamah ketika ini sedang berehat sebentar dan keputusan hukuman epada semua tertuduh akan diumumkan Hakim sebaik mahkamah kembali bersidang.

Terdahulu Ibu bapa arwah Allahyarham Zulfarhan tiba di Kompleks Mahkamah seawal 8.10 pagi tadi.

Pasangan ini berharap arwah akan mendapat pembelaan yang sewajarnya.

Foto : Ridauddin Daud

“Saya ada buat sembahyang hajat dan sepanjang perjalanan saya baca surah Yasin.

“Semoga Allah permudahkan urusan kami sekeluarga dan Allah makbulkan doa kami supaya Allahyarham Zulfarhan Osman mendapat pembelaan yang sewajarnya,” kata ibu arwah, Hawa Osman.

Menurut ayah arwah, Zulkarnain pula, kes tersebut yang berlanjutan membuatkan dia terlalu penat hingga mengalami sakit jantung.

“Selama empat tahun saya ulang alik mahkamah. Kemudian dua tahun lalu saya mengalami sakit jantung oleh kerana terlampau penat,” katanya dipetik dari Astro Awani.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.