fbpx
Now Reading
[Terkini] Sebabkan Kematian Zulfarhan, 6 Penuntut UPNM Dihukum Penjara 18 Tahun

[Terkini] Sebabkan Kematian Zulfarhan, 6 Penuntut UPNM Dihukum Penjara 18 Tahun

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Enam penuntut UPNM terlepas dari hukuman gantung selepas dijatuhkan hukuman penjara 18 tahun oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur selepas didapati bersalah membunuh dan bersubahat membunuh Pegawai Kadet Laut UPNM, Zulfarhan Osman Zulkarnain tanpa niat.

Keputusan tersebut dibacakan Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Azman Abdullah terhadap keenam-enam mereka iaitu Muhammad Akmal Zuhairi Azmal, Muhammad Azamuddin Mad Sofi, Muhammad Najib Mohd Razi, Muhammad Afif Najmudin Azahat, Mohamad Shobirin Sabri dan Abdoul Hakeem Mohd Ali pada petang Selasa.

Mereka sebelum ini dihadapkan atas tuduhan membunuh serta bersubahat membunuh Zulfarhan dan didakwa mengikut Seksyen 302 dan Seksyen 109 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati mandatori.

Mahkamah bagaimanapun kemudiannya mendapati mereka bersalah atas tuduhan Seksyen 304(a) kanun sama yang membawa hukuman penjara maksimum 30 tahun dan denda selepas pihak pembelaan berjaya membuktikan tertuduh tidak berniat membunuh mangsa.

Semua tertuduh yang kini berumur 25 tahun didakwa melakukan kesalahan itu di dalam dua bilik, blok penginapan asrama Jebat universiti itu di Kem Perdana, Sungai Besi pada 21 dan 22 Mei 2017.

Dalam pada itu, Mahkamah turut menjatuhkan hukuman penjara tiga tahun terhadap 6 tertuduh berkenaan bersama 12 lagi rakan mereka selepas didapati bersalah kerana mencederakan Zulfarhan Osman.

Kesemua dua belas tertuduh lain yang dimaksudkan lain ialah Mohd Hafiz Fauzan Ismail, Mohamad Lukhmanul Hakim Mohd Zain, Ahmad Shafwan Berdal, Muhammad Amirul Asraff Mala, Luqman Hakim Shamsuri, Muhammad Sufi Mohd Mustapha, Noriznan Izzairi Noor Azhar, Muhamad Ashraf Abdullah, Muhammad Danial Firdaus Azmir, Muhammad Hasif, Muhammad Adib Iman dan Mohamad Syazwan.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.