fbpx
Now Reading
Pencipta Pendrive Pertama Dunia, Datuk Pua Khein Seng Dipenjara 3 Tahun 10 Bulan Di Taiwan

Pencipta Pendrive Pertama Dunia, Datuk Pua Khein Seng Dipenjara 3 Tahun 10 Bulan Di Taiwan

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Usahawan dan pengasas USB Pendrive pertama didunia, Datuk Pua Khein Seng yang turut digelar ‘Bapa Pendrive’ di Malaysia dilaporkan telah dihukum penjara selama 3 tahun 10 Bulan oleh Mahkamah Taiwan.

Menurut portal Liberty Times, teknopreneur yang juga Pengerusi Phison Electronics Corp  itu didapati telah membuat laporan dan pengumuman palsu dibawah Artikel 171 Akta Sekuriti dan Bursa di negara Asia Timur tersebut.

Bagi pertuduhan pertama, Pua telah dijatuhkan hukuman penjara dua tahun selepas didapati mengarahkan seorang pekerja bawahannya untuk memalsukan transaksi perakauan diantara 2009 dan 2014.

Bagi pertuhan kedua pula, Pua dia djatuhi hukuman penjara 1 tahun dan 10 bulan kerana membuat catatan palsu pada laporan penjawat awam.

Dengan hukuman yang diputuskan Mahkamah Daerah Hsinchu, Pua kini perlu menjalani hukuman penjara selama 3 tahun 10 bulan bagi dua-dua pertuduhan.

Namun difahamkan usahawan kelahiran Sekinchan, Selangor itu akan membuat rayuan dan membincangkan perkara tersebut bersama peguamnya.

Beliau dalam masa sama turut menegaskan operasi dan kewangan syarikatnya itu tidak akan terjejas dengan penghakiman tersebut.

Kes mula disiasat pada tahun 2016

Sebagai rekod, kes ini mula disiasat pihak berkuasa taiwan pada Ogos 2016. Genap setahun kemudiannya, kes tersebut ditutup dan pendakwaraya menangguhkan pendakwaan dan mengenakan denda sebanyak  NT$110 million (RM16.3 juta).

Ia memandangkan rekod Pua yang bersih kerana tidak pernah disabitkan sebarang kesalahan sebelum ini selain beranggapan dia tidak membuat sebarang keuntungan haram.

Kes berkenan kemudian dirujuk kepada pegawai atasan di pejabat pendakwa raya untuk tujuan semakan, namun mereka kemudian berpendapat hasil siasatan adalah tidak lengkap justeru memohon diadakan siasatan lanjutan.

Hasil dari siasatan tersebut, mereka merumuskan Pua sebenarnya telah melanggar Akta Sekuriti dan Bursa selepas mentahui usahwan itu telah menggunakan dana syarikat yang ditubuhkannya secara bebas selain melakukan pemindahahan dana ke anak syarikatnya yang berpangkalan di Hong Kong.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.