fbpx
Now Reading
Tular Foto RM50 Terselit Pada Bantuan Makanan, Polis Melaka Jelaskan Ia Tiada Kaitan Untuk Raih Undi PRN

Tular Foto RM50 Terselit Pada Bantuan Makanan, Polis Melaka Jelaskan Ia Tiada Kaitan Untuk Raih Undi PRN

Polis Melaka juga sudah membuka siasatan berhubung penularan foto tersebut

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Sejam semalam tular di laman Facebook sebuah foto memperlihatkan beberapa bungkusan makanan yang terletak di atas sebuah meja diselitkan wang tunai RM50.

Menerusi deksripsi pada foto tersebut, aktiviti berkenaan didakwa berlaku di Melaka dan dianjurkan bermotifkan politik demi meraih undi.

Foto berkenaan kemudian turut tular di platform media sosial lain antaranya di Twitter sehingga ramai berpendapat ianya sememangnya bermotifkan politik memandangkan Pilihan Raya Negeri(PRN) Melaka bakal berlangsung pada 20 November ini.

Terbaharu, Polis Melaka tampil menafikan dakwaan berkenaan dengan menjelaskan ianya tidak tidak mempunyai kaitan dengan aktiviti meraih undi.

Menurut Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Melaka ACP Azlan Abu, sebaliknya, hasil siasatan yang dijalankan berpandukan sebuah video semasa aktiviti dijalankan mendapati dia tiada elemen atau apa-apa lambang parti politik pada bungkusan tersebut.

Selain itu, beliau berkata makanan berserta wang tunai RM 50 itu diagihkan kepada orang-orang tua.

“Hasil semakan Polis Melaka, terdapat sebuah video berkenaan kejadian itu menunjukkan agihan bantuan makanan dan wang tunai RM50 kepada orang-orang tua, namun tidak terkesan sebarang aktiviti meraih undi atau apa-apa lambang atau elemen parti politik di dalam kandungan video tersebut.

Tambah beliau lagi, pihaknya setakat ini juga belum menerima sebarang laporan berhubung insiden tersebut di dalam daerah Melaka Tengah.

“Sehingga kini pihak polis tidak menerima sebarang laporan dibuat berkenaan kejadian tersebut, didalam daerah Melaka Tengah” katanya dalam satu kenyataan.

Buka kertas siasatan

Tambah Azlan lagi pihak telah membuka satu siasatan berhubung penularan foto tersebut di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 kerana menyebarkan berita palsu atau tidak sahih yang memperuntukkan hukuman denda tidak melebihi RM50,000 atau setahun penjara atau kedua-duanya sekali.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.