fbpx
Now Reading
Hanya Gunakan Pfizer, Vaksin Kanak-Kanak Bawah 12 Tahun Bermula Tahun Hadapan

Hanya Gunakan Pfizer, Vaksin Kanak-Kanak Bawah 12 Tahun Bermula Tahun Hadapan

Kerajaan ketika ini sedang dalam proses memperoleh vaksin Pfizer BioNTech untuk kegunaan imunisasi kanak-kanak di bawah 12 tahun.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Selepas beberapa bulan menanti, kerajaan baru-baru ini memaklumkan akan mula memberi vaksin Covid-19 kepada kanak-kanak di bawah 12 tahun bermula tahun hadapan.

Menerusi laporan Bernama, Kementerian Kesihatan Malaysia(KKM) bagaimanapun hanya akan menggunakan vaksin keluaran Pfizer BioNTech memandangkan hanya ia yang tersedia bagi kegunaan kumpulan umur kanak-kanak tersebut selain ianya sedang menunggu kelulusan regulatori daripada Kesatuan Eropah dan Amerika Syarikat.

“KKM akan mula melaksanakan program vaksinasi bagi kanak-kanak berumur 12 tahun ke bawah pada tahun 2022.

“Pihak Pfizer juga dijangka mengemukakan data berkaitan pendaftaran penggunaan vaksin untuk kanak-kanak di bawah 12 tahun pada penghujung tahun ini kepada NPRA (Agensi Regulatori Farmasi Negara) untuk penilaian dan kelulusan pendaftaran,” menurut KKM menerusi jawapan bertulis yang disiarkan di laman sesawang semalam, 11 November bagi menjawab soalan Ahli Parlimen Subang, YB Wong Chen.

Foto : Tangkap Layar jawapan bertulis KKM

Menerusi jawapan bertulis itu lagi, kerajaan ketika ini sedang dalam proses memperoleh vaksin Pfizer BioNTech untuk kegunaan imunisasi itu memandangkan formulasi yang digunakan berbeza daripada populasi dewasa, tertakluk kepada kelulusan NPRA dan Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD).

Bagi program imunisasi ini, mereka menjangkakan seramai 5.9 juta kanak-kanak akan divaksinasi melibatkan anggaran keperluan kuantiti sebanyak 11.8 juta dos.

Ini bermakna setiap kanak-kanak terlibat perlu melengkapkan dua dos vaksin bagi program tersebut.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.