fbpx
Now Reading
Polis Siasat Foto Tular Dua Karen Tak Pakai Pelitup Muka di Taman KLCC

Polis Siasat Foto Tular Dua Karen Tak Pakai Pelitup Muka di Taman KLCC

Menurut ACP Noor Dellhan, kertas siasatan kemudiannya akan dirujuk ke Pejabat Timbalan Pendakwa Raya untuk tindakan lanjut.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

https://twitter.com/adibahoj/status/1460836111211585536

Nampaknya kompaun yang dikenakan terhadap ‘Karen’ KLCC tempoh hari ekoran dari keengganannya memakai pelitup muka dan mengimbas MySejahtera di butik Dior, KLCC tidak cukup kuat untuk dijadikan pengajaran kepada golongan ‘anti pelitup muka’.

Ia boleh dilihat apabila timbul lagi isu sama selepas tular satu foto memperlihatkan dua lagi wanita bukan warganegara dipercayai dari kalangan ekspatriat dengan selamba berjalan di Taman KLCC tanpa memakai alat pelindung diri itu.

Foto yang dikongsikan pengguna Twitter, @AdibahOj nyata menarik perhatian netizen selepas dia mendakwa pernah diberikan amaran gara-gara membuka pelitup muka seketika untuk bergambar di kawasan awam itu walhal dua wanita ini dilihat bebas berjalan begitu sahaja.

Jadi Karen memang tak perlu pakai pelitup muka?

“Aku marah sebab haritu, semasa aku strolling dengan anak aku pergi fountain dekat KLCC Park. Weekdays, tiada orang, kosong so aku bukak mask nak selfie ambik gambar dengan anak  aku.. 

Then datang polis tiup wisel dia cakap aku sini tak boleh buka mask. Nak ambik gambar pun kena pakai mask! Habis ‘Karen’ tadi tu takpa?” ciapnya di Twitter.

Polis buka siasatan

Sehubungan itu, Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Noor Dellhan Yahaya menerusi satu kenyataan memaklumkan pihaknya sudah pun membuka kertas siasatan terhadap penularan foto tersebut.

“Hasil penelitian ke atas gambar berkenaan menunjukkan wanita bukan warga negara dilihat sedang berjalan dengan tidak memakai pelitup muka di laluan pejalan kaki taman KLCC.

“Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi telah membuka satu kertas siasatan mengenai perkara itu mengikut Seksyen 21A Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1998 (Akta 342) dan Peraturan 17(1) Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) 2021,” kata beliau.

Tambah Noor Dellhan lagi, kertas siasatan kemudiannya akan dirujuk ke Pejabat Timbalan Pendakwa Raya untuk tindakan lanjut.

Beliau dalam masa sama turut menasihatkan orang ramai agar sentiasa mematuhi prosedur operasi standard (SOP) dan tindakan mengikut peruntukan undang-undang akan diambil jika berlaku ketidakpatuhan.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.