SPR Umum PRN Sarawak 18 Disember Ini

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) hari ini menetapkan hari pengundian bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak ke-12 adalah pada 18 Disember.

Perkara itu diumumkan oleh Pengerusi SPR, Datuk Abdul Ghani Salleh menerusi satu kenyataan media selepas mempengerusikan satu mesyuarat khas di Kuching pagi tadi.

“Suruhanjaya PRN menerima pemakluman rasmi daripada Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak berhubung pembubaran DUN Sarawak yang ke-11 pada 5 November.

“SPR mengadakan mesyuarat khas pada hari ini dan menetapkan satu PRN Sarawak perlu diadakan bagi mengisi kekosongan 82 kerusi DUN berkenaan,” kata Abdul Ghani.

Menerusi kenyataan sama beliau turut memaklumkan tarikh penamaan calon akan diadakan pada 6 Disember manakala pengundian awal pada 14 Disember.

Jelas beliau seramai 1,252,014 orang pengundi di negeri itu layak mengundi dalam PRN-12. Dari jumlah tersebut, 1,228,858 adalah pengundi biasa manakala 23,043 lagi adalah anggota keselamatan yang terdiri dari anggota tententa dari polis bersama pasangan mereka.

Baki 113 orang pula adalah pengundi tidak hadir luar negara.

“Keseluruhan jumlah pusat mengundi adalah sebanyak 1,951 dengan 3,666 tempat mengundi/saluran. PRU DUN Sarawak Ke-12 ini dianggarkan memerlukan peruntukan sebanyak RM150 juta,” katanya seperti yang dilaporkan Berita Harian.

Kempen selama 12 hari

Bagi tempoh berkempen pula, SPR menetapkan ianya bermula selepas hari penamaan calon sehingga jam 11.59 malam, 17 Disember iaitu selama 12 hari.

Semakan daftar pemilih bermula 1 Disember

Pengundi boleh membuat semakan Daftar Pemilih Pilihan Raya bagi mengetahui maklumat pusat mengundi, saluran mengundi dan nombor bilangan mereka bermula 1 Disember.

“Mereka boleh berbuat demikian menerusi laman sosial SPR iaitu pengundi.spr.gov.my atau menghubungi talian 03-88927018 atau menerusi aplikasi MySPR Semak dengan semakan boleh dibuat mulai 1 Disember”

Pengerusi SPR, Datuk Abdul Ghani Salleh

Recent Posts

  • Trending

Faisal Halim Disimbah Asid, Pelaku Dipercayai Naik Motosikal Curi

Menurut wartawan sukan, T Avineshwaran, Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) memandang serius perkara ini…

2 hours ago
  • Gaya Hidup
  • Trending

KL Welness City Bangunkan Hospital 624 Katil, Umum Sumbangan RM2 Juta Bantu B40

Fasa pertama KLIH dijangka siap pada suku kedua 2026, dan bakal dibuka pada suku ketiga…

9 hours ago
  • News
  • Trending

Mahkamah Persekutuan Tolak Rayuan, Kekal Status Islam Seorang Wanita

Wanita itu sebelum ini berjaya mendapat pengisytiharan bahawa dia bukan beragama Islam setelah memfailkan saman…

2 days ago
  • Trending

Kedudukan Malaysia Merosot Dalam Indeks Kebebasan Media, Bukan Lagi Nombor 1 Di ASEAN

Prestasi Malaysia dalam Indeks Kebebasan Media Dunia 2024 menunjukkan penurunan dari 62.83 mata kepada 52.07…

2 days ago
  • Trending

“Seumpama Penzina” – Ustaz Jafri Tegur Wanita Pakai Minyak Wangi Untuk Tarik Perhatian Lelaki [Video]

Menerusi tangkap layar dikongsi pendakwah bebas itu, kelihatan seorang perempuan berjalan bersebelahan sekumpulan lelaki bagi…

2 days ago
  • Trending

“Macamtu Je Member Kau Cabut” – Tular Lelaki Lari Lintang Pukang Dikejar Polis Di Klang [Video]

Menurut KPD Klang Utara, kedua-dua mereka bukan warganegara, tetapi mempunyai dokumen perjalanan yang sah.

2 days ago