fbpx
Now Reading
JPN Perak Siasat Dakwaan Guru Diasingkan Dalam Stor Kerana Belum Vaksin

JPN Perak Siasat Dakwaan Guru Diasingkan Dalam Stor Kerana Belum Vaksin

Laporan penuh siasatan pula akan dimaklumkan oleh KPM dalam masa terdekat.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Sejak semalam tular di media sosial rakaman video seorang guru dari Ipoh yang mendakwa didiskriminasi oleh pentadbir sekolah kerana tidak mendapatkan vaksin Covid-19.

Dimuat naik di TikTok oleh oleh seorang pengguna, Asda Yanti, video luahan guru di SMK St Michael, Perak yang mendakwa dia seolah dianaktirikan apabila diasingkan di bilik stor tukang cuci yang diperbuat daripada zink walhal tidak boleh mengambilnya atas faktor kesihatan.

Baca artikel penuh di sini : [Video] Guru Tak Ambil Vaksin Kesal Diasingkan Dalam Bilik Stor Beratap Zink

@memyanti

♬ original sound – Asda Yanti Mh

Terbaharu, Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Perak memaklumkan sudah menjalankan siasatan terperinci berhubung dakwaan tersebut.

Menurut Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Sumber negeri, Ahmad Saidi Mohamad Daud, JPN Perak juga sudah memaklumkan isu berkenaan kepada Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).

Laporan penuh siasatan pula akan dimaklumkan oleh KPM dalam masa terdekat.

“Saya sudah sedia maklum kes tersebut dan telah mendapat maklum daripada JPN Perak.

“JPN Perak juga telah membuat siasatan penuh dan terperinci dan laporan penuh akan dimaklumkan dalam masa terdekat oleh pihak KPM,” katanya lapor Harian Metro.

Kerajaan negeri pandang serius dakwaan tersebut

“Kerajaan negeri juga mengambil perhatian serius dakwaan ini kerana ia turut membabitkan aspek kesihatan serta kebajikan guru.

“Ia bagi memastikan semua pihak berada dalam keadaan sihat dan bebas daripada pandemik. Kerajaan negeri ingin memastikan semua pihak sama ada guru, pelajar dan ibu bapa berada dalam keadaan sihat,”

Pengerusi JPN Perak, Ahmad Saidi Mohamad Daud

© 2021 BuzzKini. All Rights Reserved.