fbpx
Now Reading
Kes Positif Di Sekolah Seri Puteri Cyberjaya Kini Meningkat Kepada 73 Kes – KJ

Kes Positif Di Sekolah Seri Puteri Cyberjaya Kini Meningkat Kepada 73 Kes – KJ

Menurut KJ lagi, kesemua mereka difahamkan sudah lengkap vaksinasi kecuali 4 individu dan dilaporkan sebagai stabil di bawah kategori 1 dan 2A.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Nampaknya kes positif di kalangan pelajar dan guru di sekolah Sekolah Berasrama Penuh (SBP) Sekolah Seri Puteri, Cyberjaya terus meningkat kepada 73 orang.

Perkara itu dikongsikan Menteri Kesihatan, YB Khairy Jamaluddin (KJ) menerusi satu ciapan di Twitter sebentar tadi.

Menurut KJ, hasil saringan terhadap 451 individu merangkumi 13 guru, 1 orang petugas dan 437 pelajar, 73 dari mereka telah disahkan positi Covid-19.

Dari angkat tersebut, 71 terdiri dari kalangan pelajar manakala 2 lagi adalah guru.

65 dipindahkan ke MAEPS

Menurut KJ lagi, kesemua mereka difahamkan sudah lengkap vaksinasi kecuali 4 individu dan dilaporkan sebagai stabil di bawah kategori 1 dan 2A.

“65 pelajar dipindah ke MAEPS. Semua kategori 1 & 2A, all stable.”

242 Kontak Rapat positif

Dalam pada itu, KJ turut memaklumkan 242 individu yang disenaraikan sebagai kontrak rapat sudah pun dikuarantin di asrama Sekolah Seri Puteri.

Terdahulu Menteri Pendidikan, Datuk Dr Radzi Jidin menerusi Twitter memaklumkan terdapat jangkitan kes Covid-19 di sekolah berkenaan.

Kes berkenaan menurut pasukan komunikasi beliau melibatkan pelajar tingkatan 1 dan 2 di sekolah tersebut.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.