Kes Pertama Varian Omicron Dikesan Di Malaysia – KJ
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Nampaknya varian yang dibimbangi (VOC) Omicron yang sudah menyerang beberapa negara akhirnya telah dikesan di Malaysia.
Perkara itu diumumkan Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin (KJ) menerusi satu sidang media sebentar tadi.
Menurut KJ, kes pertama tersebut melibatkan seorang pengembara bukan warganegara yang tiba dari Afrika Selatan melalui Singapura pada 19 November lalu.
Dia yang berusia 19 tahun difahamkan seorang pelajar di sebuah universiti swasta di Ipoh, Perak dan sudah pun menjalani ujian RT-PCR COVID-19 sebaik tiba di pintu masuk antarabangsa KLIA.
Dia kemudian bergerak dari KLIA ke Ipoh menggunakan bas khas yang telah disediakan pihak universiti.
“Perjalanan kes dari KLIA ke Ipoh pula menggunakan bas yang disediakan khas oleh pihak universiti. Pelajar terbabit menjalani kuarantin seorang diri di penginapan tersebut dan berdasarkan siasatan yang dijalankan, beliau patuh kepada perintah yang dikeluarkan,” katanya.
Susulan itu dia telah diberi Perintah Pengawasan dan Pemerhatian di bawah Seksyen 15, Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Akta 342) dan menjalani kuarantin wajib di penginapan yang disediakan oleh pihak universiti di Ipoh.
“Institut Penyelidikan Perubatan (IMR) telah mengesahkan sampel ujian saringan tersebut positif COVID-19 dengan CT Value 26.68 pada 20 November 2021. Kes meneruskan pengasingan di rumah yang sama selama 10 hari dan diberi pelepasan pada 29 November 2021.
KKM kemudian telah melakukan pengesanan kontak rapat dan hasil mendapati semua mereka disahkan negatif.
“Pengesanan kontak rapat telah dijalankan ke atas semua penumpang bas dan pemandu iaitu seramai lima (5) orang. Mereka telah menjalani saringan ujian COVID-19 dan kuarantin wajib. Ujian sampel pertama dan kedua ke atas semua kontak rapat disahkan negatif”
Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin