fbpx
Now Reading
Guna Alasan Desakan Hidup, Lelaki Bawa Anak & Isteri Pecah Kereta & Premis Di Genting Highlands

Guna Alasan Desakan Hidup, Lelaki Bawa Anak & Isteri Pecah Kereta & Premis Di Genting Highlands

Difahamkan suspek mempunyai lima rekod jenayah lampau, tiga daripanya kes ragut, 1 kes imigresen dan 1 kes dadah.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Siapa sangka, seorang lelaki sanggup menggunakan alasan ‘desakan hidup’ apabila untuk melakukan jenayah pecah kereta dan premis di sekitar Genting Highlands.

Bukan itu sahaja, dia juga cekap apabila merancang dengan teliti bagi mengelakkan aktivitinya dikesan antaranya dengan menyewa kenderaan lain jenis Perodua Bezza dan mendaftarkannya dalam perkhidmatan e-hailing.

Lebih mengejutkan di mana dia turut membawa isteri dan dua anaknya ketika sedang melakukan jenayah berkenaan bahkan menjadikan wanita berkenaan sebagai ‘mata’ untuk mengawasi sebarang pergerakan.

Menerusi laporan Kosmo, kegiatan itu akhirnya terbongkar apabila dia tertangkap sewaktu polis melakukan pemeriksaan ke atas suspek dan kenderaan yang dinaikinya di sebuah stesen minyak di Klang, Selangor pada Sabtu lalu.

Hasilnya mereka menemukan barangan curi di dalam kenderaan tersebut yang bersangkut dengan laporan di Balai Polis Genting Highlands.

Menurut Ketua Polis Daerah Bentong Superintendan Zaiham Mohd. Kahar, suspek kemudian mengaku terlibat dalam dua kejadian curi dalam bangunan dan tiga kejadian pecah kenderaan di kawasan Genting Highlands.

Polis kemudian turut bertindak menahan isteri suspek beberapa hari lalu.

“Antara barang dirampas ialah wang tunai RM1 berjumlah RM400, perkakasan audio kenderaan, lima buah telefon bimbit, tiga beg pelbagai kunci, sebuah walki talkie dan sebuah beg kulit selain beberapa peralatan seperti pemotong wayar, pisau, gerudi, ‘test pen’, lampu manakala sebuah kereta jenis Perodua Bezza disewa suspek turut disita.

Antara barang rampasan yang ditemui polis sewaktu penangkapan suspek. Foto : PDRM

“Dengan tangkapan tersebut pihak Ibu Pejabat polis Daerah (IPD) Bentong berjaya menyelesaikan tujuh kes pecah kedai dan pecah kenderaan di kawasan pentadbiran IPD Bentong dengan jumlah kerugian keseluruhan kira-kira RM10,000,” katanya dalam sidang akhbar di IPD Bentong pada Isnin.

Ketua Polis Daerah Bentong Superintendan Zaiham Mohd. Kahar bersama barang rampasan

Suspek difahamkan mula melakukan aktiviti jenayah berkenaaan dengan menyasarkan Genting Highland sejak rentas negeri mula dibenarkan November lalu. 

Sepanjang tempoh berkenaan, dia telah memecah masuk tujuh buah kenderaan dan dua buah kiosk di pusat peranginan itu.

Turut temukan plastik lutsinar disyaki syabu dan ganja pada badan

Bukan itu sahaja, polis turut menemui tiga plastik lutsinar disyaki dadah jenis syabu dan satu plastik lutsinar yang terdapat ketulan mampat disyaki dadah jenis ganja sewaktu melakukan pemeriksaan pada suspek.

Suspek direman 7 hari dan isterinya 4 hari

Sehubungan itu suspek yang berusia 31 tahun ditahan reman selama tujuh hari manakala suspek wanita berusia 33 tahun selama empat hari untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 379 Kanun Keseksaan.

Selain itu suspek turut turut disiasat di bawah Seksyen 6 Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 dan Seksyen 12 (2) ADB 1952 serta Seksyen 15 (1) (A) ADB 1952.

Difahamkan suspek mempunyai lima rekod jenayah lampau, tiga daripanya kes ragut, 1 kes imigresen dan 1 kes dadah.

Header kredit : Pexels/ Tima. M

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.