fbpx
Now Reading
Tak Sampai 10 Tahun, Sudah Ada Plot Baharu Dari Selatan Filipina Untuk Tawan Sabah Pada 2022?

Tak Sampai 10 Tahun, Sudah Ada Plot Baharu Dari Selatan Filipina Untuk Tawan Sabah Pada 2022?

Antara intipati mesyuarat yang dihadiri 19 datuk bandar di Selatan Filipina itu adalah untuk merekrut 600 orang individu yang akan menyerang Sabah selain beberapa pasukan pengintip.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Tragedi Pencerobohan Lahad Datu, Sabah yang berlaku pada 2013 dahulu merupakan satu kisah hitam buat Malaysia apabila ramai perwira negara gugur mempertahankan kedaulatan negara daripada dicerobohi pengganas Sulu.

Menggelarkan diri mereka sebagai ‘Askar Diraja Kesultanan Sulu dan Borneo Utara’ atau Royal Sulu Army (RSA), 235 pengganas ini merupakan pengikut yang telah dihantar oleh Jamalul Kiram III yang mendakwa dirinya sebagai Sultan Sulu.

Terbaharu, tidak sampai 10 tahun insiden berdarah itu terjadi, sudah terdapat dakwaan yang mengatakan sudah ada plot baharu yang merancang insiden sama.

Menurut laporan SCMP, terdapat satu mesyuarat rahsia telah diadakan di Selatan Filipina untuk merancang pelan bagi menyerang Sabah.

Antara intipati mesyuarat yang dihadiri 19 datuk bandar di Selatan Filipina itu adalah untuk merekrut 600 orang individu yang akan menyerang Sabah selain beberapa pasukan pengintip.

Apa yang mengejutkan, mesyuarat pada 1 Disember itu bukanlah pertemuan pertama sebaliknya mereka sudah beberapa kali bertemu dan mengadakan perbincangan yang diatur oleh pegawai kanan kerajaan tempatan di Selatan Filipina.

11 datuk bandar dilapor setuju bekerjasama

Dari 19 yang hadir, 11 datuk bandar bersetuju untuk terlibat dalam misi tersebut manakala selebihnya enggan dan ada yang masih di atas pagar.

“11 datuk bandar bersetuju untuk merekrut sekurang-kurangnya 600 orang anggota bersenjata bagi melaksanakan misi tersebut,

“Kos peluru dan logistik yang dianggarkan sebanyak 500,000 Peso atau bersamaan US$10 ribu telah ditanggung oleh pegawai tinggi kerajaan,” menurut laporan SCMP ‘This Week In Asia’ yang memetik sumber.

Mereka dalam masa sama turut menyasarkan untuk menghantar 150 – 200 pengintip ke Sabah khususnya di Lahad Datu dan Semporna yang bakal menjadi lokasi serangan mereka.

“Potensi rancangan itu menjadi kenyataan bergantung kepada berapa banyak sokongan politik dan dana yang boleh diperoleh daripada pelbagai pihak.

“Ramai pihak berkepentingan di Filipina dan luar negara sanggup mengeksploitasi isu ini untuk kepentingan politik dan strategik masing-masing,” kata sumber itu.

Jelasnya plot ini dirancang ekoran dari kegagalan pewaris Kesultanan Sulu dalam mendapatkan persetujuan Malaysia untuk menyelesaikan hak ke atas Sabah.

Rancang serangan pada Februari 2022

Tambah sumber itu lagi, mereka merancang untuk melancarkan serangan pada Februari 2022 sebagai “memperingati” pencerobohan Lahad Datu.

“Semua askar Sulu yang memasuki perairan Lahad Datu dan Semporna (dalam plot pencerobohan baharu) akan membawa masuk senjata api.

“Senjata api itu akan ditanam di sesuatu kawasan sebelum digunakan untuk menyerang”

Namun menurutnya lagi, setakat ini belum ada lagi ‘askar’ yang telah menyusup masuk ke Sabah tetapi memberi amaran bahawa komplot Sulu mempunyai sleeper cell di sana.

Baca artikel berkaitan

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.