Air Selangor Sdn. Bhd. (Air Selangor) sebentar tadi memaklumkan sebanyak 463 kawasan di lima wilayah iaitu Petaling (172 kawasan), Hulu Langat (54 kawasan), Sepang (194 kawasan), Putrajaya (23 kawasan) dan Kuala Langat (20 kawasan) dijangka akan mengalami gangguan bekalan air tidak berjadual.
Ianya berikutan penutupan Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Semenyih ekoran dari pencemaran bau diesel yang telah dikesan di Sungai Semenyih.
Air Selangor sedang bekerjasama dengan Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) bagi mengenal pasti punca pencemaran air mentah di sepanjang Sungai Semenyih dan anak-anak sungai di sekitar Sungai Semenyih.
Air Selangor telah mengaktifkan Pelan Tindakan Kecemasan (ERP) bagi menyediakan bantuan bekalan air alternatif kepada para pengguna yang terlibat.
Sebanyak 81 lori tangki air akan digerakkan ke kawasan-kawasan yang terjejas dan premis-premis kritikal.
Bagi menyemak kawasan terlibat rujuk di bawah :
Petaling
Sepang, Hulu Langat & Putrajaya
Kuala Langat