fbpx
Now Reading
Banjir Pahang: 4 Dari 5 Mangsa Yang Hanyut Di Telemong Ditemukan

Banjir Pahang: 4 Dari 5 Mangsa Yang Hanyut Di Telemong Ditemukan

Difahamkan operasi pencarian seorang lagi mangsa yang hilang masih giat dijalankan.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Tiga mayat daripada lima individu yang dilaporkan hilang ekoran dari banjir lumpur yang berlaku di jambatan Telemong, Bentong telah ditemui hari ini.

Menurut laporan Sinar Harian, Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Pahang, Ismail Abdul Ghani dalam satu kenyataan berkata operasi mencari dan menyelamat (SAR) yang dilakukan pihaknya telah menemukan mayat 4 mangsa antara dua hingga lima kilometer dari jambatan berkenaan.

Menurut Ismail Abdul Ghani, pihaknya telah menemukan mayat pertama iaitu seorang wanita melayu pada pukul 1:06 petang tadi sekitar 1 kilometer dari jambatan.

Mereka kemudian menemui mayat kedua, seorang wanita warga emas berketurunan melayu pada jam 1.20 sekitar 100 meter dari lokasi penemuan mayat pertama.

Carian mereka yang seterusnya kemudian menemui satu lagi mayat, iaitu  seorang lelaki dewasa berketurunan India 100 meter dari lokasi mayat kedua.

Sekitar 4.32 petang, pasukan SAR berjaya menemukan satu lagi mayat menjadikan keseluruhan mangsa yang ditemukan kepada empat orang.

“Mangsa ketiga yang merupakan lelaki ditemukan pada jarak 1.2 kilometer dari jambatan pada jam 2.07 petang disusuli penemuan mayat mangsa keempat tragedi di Telemong pada jam 4.23 petang.

Difahamkan operasi pencarian seorang lagi mangsa yang hilang masih giat dijalankan.

Pada kejadian sabtu lalu, lima kenderaan yang melalui Jambatan Telemong, Bentong telah dihanyutkan oleh arus deras.

Seramai 10 orang berjaya menyelamatkan diri manakala enam orang dihanyutkan arus deras termasuk seorang yang ditemukan lemas semalam. 

Terdahulu Ketua Polis Daerah Bentong Supt Zaiham Mohd Kahar mengesahkan pihaknya ada menerima laporan berhubung kehilangan lima orang dalam kejadian tesebut.

Beliau bagaimanapun menafikan kehilangan 16 individu seperti yang tular di media sosial pada sabtu.

“Saya mengesahkan lima orang itu dipercayai hilang, dan (polis) tidak pernah menyatakan bahawa 16 orang hanyut, itu adalah berita palsu.

“Saya juga menerima laporan berhubung satu penemuan mayat tetapi saya perlu mengesahkannya,” katanya dipetik dari Bernama.

Beliau menjawab pertanyaan media selepas tular di WhatsApp dan Facebook gambar seorang anggota bomba dalam keadaan berbalut di bahu sedang duduk dengan keterangan ‘dekat Telemong Pahang, 16 orang hanyut, 10 dapat diselamatkan, satu meninggal dan lima lagi masih dicari. Allahu’.

Insiden tersebut turut menjadi perbualan hangat di Tiktok selepas seorang individu dipercayai ahli keluarga mangsa berkongsi perbualan tangkap layar whatsapp sewaktu insiden yang nyata meruntunkan hati banyak pihak.

@imxtruo

Jangan cuba tegakkan benang yang dah basah!Sekarang siapa yg Cuba sebar berita palsu?! 5 mangsa masih hilang dan 3 darinya keluarga kami!! tolong share guys!! 😔😭#banjir #banjir2021 #shahalam #telemong #banjirpahang #banjirmalaysia #pdrm #pdrmmalaysia #fyp #foryoupage #trending

♬ Intense Music – GreenRocketAudio

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.