fbpx

“Mangsa Banjir Sebagai Keutamaan, Ini Bukan Masa Salahkan Sesiapa” – Panglima ATM

Sebarang usaha yang dilaksanakan adalah berdasarkan konsep Whole Of Government Approach bagi memastikan semuanya dapat digembleng secara bersama dan berkesan.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Dato’ Sri Hj. Affendi bin Buang hari ini menegaskan bahawa Angkatan Tentera Malaysia (ATM) mengutamakan keselamatan mangsa banjir bagi memastikan pengurusan bencana banjir dapat dikoordinasikan secara tersusun dan berkesan.

Beliau menerusi satu kenyataan menjelaskan ATM sentiasa komited dalam melaksanakan tugas sekundernya terutama membantu Pihak Berkuasa Awam yang dikoordinasikan NADMA dalam menyelamatkan mangsa-mangsa banjir.

Tambah beliau, sekarang bukanlah masa yang sesuai untuk meletakkan kesalahan pada mana-mana pihak kerana ianya boleh mengganggu dan menjejaskan sebarang usaha menyelamat serta memindahkan mereka yang terkesan akibat bencana ini.

Apa yang dilaksanakan adalah berdasarkan Whole Of Govt. Approach

“Apa yang penting di sini adalah kerjasama padu antara satu sama lain dengan meletakkan kepentingan keselamatan mangsa sebagai keutamaan yang perlu didahulukan. Sebarang usaha yang dilaksanakan adalah berdasarkan konsep Whole Of Government Approach bagi memastikan setiap agensi terlibat yang dikoordinasikan oleh NADMA, dapat digembleng secara bersama dan berkesan.

“Sebarang kekurangan dalam aspek pengurusan banjir ini adalah tugas bersama setiap agensi untuk mencari jalan penyelesaian dalam menambah baik operasi yang dilaksanakan dan di masa-masa akan datang.

Panglima Angkatan Tentera Jeneral Tan Sri Dato’ Sri Hj. Affendi bin Buang

Beliau dalam masa sama turut mengharapkan agar mangsa-mangsa banjir dapat memberikan kerjasama yang penuh kepada pasukan keselamatan demi memastikan kelancaran operasi menyelamat.

Terdahulu media melaporkan ATM sebenarnya sudah pun turun ke padang bagi membantu memindahkan mangsa banjir pada Jumaat lalu meskipun mereka pada waktu itu belum mendapat ‘lampu hijau’ dari agensi bertanggungjawab.

Baca artikel berkaitan :

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.