fbpx
Now Reading
MetMalaysia Beri Amaran Hujan Lebat Berterusan Di Negeri Utara Semenanjung

MetMalaysia Beri Amaran Hujan Lebat Berterusan Di Negeri Utara Semenanjung

Hujan berterusan serta angin kencang mampu menyebabkan berlakunya banjir di kawasan tanah rendah.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) sebentar tadi telah mengeluarkan amaran hujan berterusan (Waspada) di negeri-negeri di utara Semenanjung berkuatkuasa hari ini.

Amaran itu difahamkan melibatkan beberapa negeri iaitu :

-Perlis
-Kedah
-Pulau Pinang
-Perak (Kerian dan Larut, Matang serta Selama)

Mungkin boleh menyebabkan banjir

Menurut MetMalaysia, negeri-negeri ini diramalkan akan dibadai hujan secara berterusan serta angin kencang yang mampu untuk menyebabkan berlakunya banjir di kawasan tanah rendah.

Difahamkan ia berikutan terdapat Lekukan Tropika yang dicerap di perairan utara Sumatera sedang bergerak ke arah timur menghampiri utara Semenanjung.

MetMalaysia dalam masa sama turut menasihatkan orang ramai yang berada berdekatan dengan kawasan yang tersenarai agar sentiasa berwaspada dengan cuaca buruk yang sedang melanda negara ketika ini.

Foto : Malaymail

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.