Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami!
Follow Kami
Bekas Menteri Besar Johor, Datuk Osman Sapian dilaporkan meninggal dunia pada pukul 11.45 malam tadi (22 Disember 2021).
Osman Sapian yang merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kempas meninggal dunia di kediaman anaknya di Damansara pada usia 69 tahun.
Menurut Sinar Harian, khabar duka itu disahkan abang kepada bekas Menteri Besar Johor itu, Datuk Aziz Sapian.
“Benar, baharu sebentar tadi. Kita sedang tunggu makluman dari keluarga di sana (Kuala Lumpur). Apa-apa urusan anak beliau akan maklum nanti.
Abang Allahyarhman, Datuk Aziz Sapian
Pada 12 Oktober lalu, Bekas Menteri Besar ke-16 itu telah dimasukkan ke Hospital Pakar KPJ Johor selepas diserang strok ringan.
Tidak lama kemudiannya Osman dipindahkan ke Hospital Pengajar Universiti Putra Malaysia (HPUPM) Selangor untuk mendapatkan rawatan selepas tahap kesihatannya merosot.
Sebulan kemudiannya iaitu pada 13 November, media melaporkan keadaan kesihatan Allahyarham semakin baik namun masih berada dalam pemerhatian rapi dan tidak sedarkan diri.
Difahamkan, jenazah akan dibawa pulang ke Johor untuk urusan pengebumian.