fbpx
Now Reading
TNB Beri Rebat Bil Elektrik 100% Untuk Mangsa Banjir Bulan Disember Ini

TNB Beri Rebat Bil Elektrik 100% Untuk Mangsa Banjir Bulan Disember Ini

Rebat itu dijangka akan memberi manfaat kepada 72,000 pengguna domestik TNB yang terkesan dengan banjir baru-baru ini.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Sebagai usaha meringankan beban yang dialami oleh mangsa bencana banjir di seluruh negara baru-baru ini, Tenaga Nasional Berhad (TNB) telah menawarkan rebat 100% secara one-off untuk pembayaran bil pada bulan Disember 2021.

Perkara itu diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sewaktu sidang media di Masjid Al-Muttaqin ketika melawat ke Taman Sri Nanding, Hulu Langat semalam.

Namun menurut beliau, rebat yang dijangka akan memberi manfaat kepada  72,000 pengguna TNB itu bagaimanapun hanya melibatkan pengguna domestik dan bukan untuk kilang-kilang.

“Untuk meringankan beban mangsa banjir, TNB akan memberi rebat 100 peratus secara ‘one-off’ untuk bil elektrik Disember, yang akan memanfaatkan 72,000 pelanggan domestik, iaitu rumah.

Selain itu TNB juga akan memberikan perkhidmatan pemeriksaan pendawaian percuma kepada mereka.

“Saya juga sudah minta TNB membantu kediaman milik keluarga B40 yang terjejas banjir apabila bekalan elektrik disambung semula.

“Sejak Jumaat, TNB telah melaksanakan kerja pemeriksaan pendawaian percuma kepada pengguna domestik kerana air banjir mungkin menyebabkan kerosakan pendawaian, suis dan sebagainya, jadi situasi itu agak berbahaya kata beliau lagi.

Perkara sama turut dikongsikan TNB menerusi satu kenyataan media yang dikongsikan di laman web mereka.

Menurut Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif TNB, Datuk Ir. Baharin Din keputusan itu
dibuat selepas mendapat pandangan dan pertimbangan Perdana Menteri, sekali gus ia adalah persetujuan bersama kerajaan bagi menyantuni mangsa banjir.

“Warga kerja TNB juga adalah ahli komuniti dalam pelbagai lapisan masyarakat, sekali gus
sentiasa dapat merasai bersama perasaan rakyat yang juga pelanggan kami. Pemberian rebat dan peruntukan yang disediakan sebelum ini mencerminkan nilai-nilai teras warga TNB
termasuk keprihatinan, di samping rasa kebersamaannya dengan rakyat,” kata beliau.

Lebih 2,000 warga kerja TNB di seluruh Semenanjung berusaha memulihkan semula bekalan dan membantu mangsa banjir lebih-lebih lagi dalam proses pemulihan aset bekalan TNB (pencawang elektrik, kabel, tiang elektrik) yang terjejas akibat bencana tersebut.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.