fbpx
Now Reading
2 Minggu Loloskan Diri, Long Tiger Akhirnya Ditangkap Di Kedah

2 Minggu Loloskan Diri, Long Tiger Akhirnya Ditangkap Di Kedah

Berita penangkapan Long Tiger disahkan oleh Ketua Polis Negara, Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Selepas hampir dua minggu menyembunyikan diri, lelaki etnik Rohingya, Abd Hamim Ab Hamid, 33, yang lebih dikenali dengan panggilan Long Tiger akhirnya berjaya diberkas di Sungai Petani, Kedah.

Menerusi laporan Sinar Harian, perkara itu disahkan oleh Ketua Polis Negara, Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani kepada mereka.

Menurut beliau, butiran lanjut mengenai penahanan akan dilakukan oleh Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay dalam masa terdeat.

“Ya benar, tangkapan dibuat di Kedah dan butiran serta maklumat lanjut mengenai tangkapan itu akan dibuat oleh Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay”

Menurut Kosmo, Long Tiger diberkas dalam satu operasi khas yang dijalankan polis di Kuala Ketil, Sungai Petani, Kedah dipercayai melibatkan sepasukan polis dari Bukit Aman dan Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor.

Insiden penangkapan beliau tular di media sosial selepas dikongsikan beberapa pengguna Facebook sejak petang selasa.

Terdahulu pada 15 Disember lalu, Long Tiger berjaya meloloskan diri dari lokap Mahkamah Majistret Tangkak melalui pintu utama sebelum perbicaraan bermula.

Baca artikel berkaitan : ‘Long Tiger’ Diburu Polis Selepas Berjaya Lolos Dari Lokap Mahkamah

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.