fbpx
Now Reading
Long Tiger Lolos : 4 Anggota Polis Ditahan Kerja, 3 Pegawai Termasuk OCPD Berdepan Tindakan Tatatertib

Long Tiger Lolos : 4 Anggota Polis Ditahan Kerja, 3 Pegawai Termasuk OCPD Berdepan Tindakan Tatatertib

Long Tiger pula difahamkan telah direman selama 4 hari hingga 1 Januari 2022.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Umum mengetahui individu dikehendaki Abd Hamim Ab Hamid, 33, atau lebih dikenali sebagai Long Tiger yang berjaya meloloskan diri dua minggu lalu akhirnya telah diberkas pihak berkuasa di Sungai Petani, Kedah semalam.

Baca artikel berkaitan: 2 Minggu Loloskan Diri, Long Tiger Akhirnya Ditangkap Di Kedah

Terbaharu, Ketua Polis Johor Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay mengesahkan dia sudah pun direman selama empat hari sehingga 1 Januari 2022 selepas perintah dikeluarkan oleh Majistret Tangkak bagi membantu siasatan polis mengikut Seksyen 223/224 Kanun Keseksaan.

Selain Long Tiger, tiga lagi individu yang membantunya sepanjang tempoh dia meloloskan diri turut direman untuk tempoh sama bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 216 kanun sama.

“Hasil siasatan, polis membuat tangkapan susulan membabitkan dua lelaki berusia 36 dan 38 tahun yang dipercayai bersekongkol dengan suspek, di sekitar Batu Pahat, antara jam 7.25 malam tadi hingga 3 pagi ini.

“Kedua-dua suspek itu dipercayai membantu suspek dengan memotong gari tangannya, selain membeli kad sim sebelum melarikan diri ke utara.

Cuba lari ke luar negara

Menurut Ayob Khan, dia dipercayai ke Kedah sebagai percubaan untuk melarikan diri ke negara jiran sama ada ke Thailand mahupun Indonesia.

“Polis percaya Long Tiger yang melarikan diri ke Kedah dalam perjalanan keluar dari negara ini, sama ada ke Thailand dan Indonesia,”

Menerusi satu sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor, Datuk Ayob Khan turut memaklumkan 4 anggota polis turut digantung tugas kerana disyaki terlibat secara langsung atas kesalahan kecuaian yang menyebabkan tahanan itu berjaya melarikan diri.

“Ada 4 anggota, 1 berpangkat Sarjan dan 3 Koperal yang bertanggungjawab di mahkamah sedang disiasat. Kesemua anggotan ini berusia 33 hingga 50 tahun. Mereka telah ditahan kerja sementara menunggu proses dan kertas siasatan siap untuk mereka dituduh jika cukup bukti.”

Polis juga buka kertas siasatan tatatertib terhadap OCPD, OCS dan seorang inspektor

Tambah beliau lagi, Polis Johor juga telah membuka kertas siasatan tatatertib terhadap OCPD, OCS dan seorang inspektor polis berhubung aspek penyeliaan.

“Disamping 4 anggota ini, Polis Johor telah membuka siasatan tatatertib ke atas Ketua Polis Daerah (OCPD), Ketua Polis Balai (OCS) dan seorang Inspektor. Ini kena siasat dibawah kertas siasatan tatatertib kerana dari segi aspek penyeliaan. Jika dah siap kertas siasatan, ia akan dipanjangkan ke JIP Bukit Aman untuk penilaian dan tindakan susulan.

“Di Johor, kita beri penumpuan khusus dari segi aspek kebertanggungjawaban dan penyeliaan. Mereka sepatutnya memeriksa dan menyelia lokap-lokap dan sebagainya.”

Polis turut siasat penularan gambar Long Tiger semasa ditangkap

Dalam pada itu, Polis Johor juga telah membuat satu laporan berkaitan penularan gambar Long Tiger sewaktu ditangkap polis yang ditularkan seorang pengguna Facebook.

Jelas beliau ia boleh mengganggu siasatan dan operasi susulan yang sedang dijalankan. Kes berkenaan disiasat di bawah peruntukan Seksyen 223 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Jika disabitkan kesalahan boleh dikenakan denda tidak lebih RM50,000 dan penjara tidak lebih setahun atau kedua-duanya.

Difahamkan mereka juga telah mengesan identiti individu yang menyebarkan foto berkenaan yang merupakan seorang bekas pegawai polis yang kini menetap di Klang, Selangor.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.