Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami!
Follow Kami
Umum pasti mengetahui negara ketika ini sedang berdepan fenomena luruan monsun yang mengakibatkan hujan berterusan di beberapa negeri-negeri Pantai Timur Semenanjung dan juga utara Sabah.
Malah pihak berkuasa sejak beberapa hari lalu telah mengeluarkan amaran banjir di beberapa kawasan di Pahang, Terengganu dan Kelantan.
Terbaharu, beberapa kampung di sekitar Jeli dan Kuala Krai, Kelantan kembali dilanda banjir sejak awal pagi tadi.
Menerusi laporan Berita Harian, kampung-kampung di sekitar Jeli yang terlibat ialah Sungai Satan, Bukit Lakota, Lubok Bongor, Pasir Dusun dan Gemang.
Pengguna di media sosial juga sudah mula berkongsi foto dan video keadaan kawasan-kawasan di sana yang sudah dinaiki air.
SEMENTARA itu beberapa anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia hadir ketika ini di Kampung Baru di Jalan Malaysia , Jeli Kelantan yang menghadapi musibah banjir pic.twitter.com/v1cYWUEYUM
Menurut Portal Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) pula, setakat jam 4.21 petang ini, 10 pusat pemindahan sementara (PPS) telah dibuka dan sudah menempatkan seramai 836 mangsa yang terdiri dari 233 keluarga.
10 PPS dibuka
10 PPS yang disenaraikan ialah 7 di Jeli dan 3 di Kuala Krai:
1.Dewan Orang Ramai Kesedar Sungai Satan, Jeli 2.Dewan Kesedar/ Pasti Bukit Lakota, Jeli 3.Masjid Gemang, Jeli 4.Sekolah Kebangsaan (SK) Lubok Bongor, Jeli 5.SK Legeh, Jeli 6.SK Kuala Balah, Jeli 7.SK Jeli 8.Masjid Chucuh Puteri A, Kuala Krai 9.Madrasah Chuchoh Puteri Am Kuala Krai 10.Pusat Komuniti Chuchoh Puteri A, Kuala Krai
Dalam pada itu Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Jeli, Mohd Adni Ibrahim berkata, demi memastikan mangsa banjir dapat dipindahkan dengan segera, pihaknya akan sentiasa membuat pemantauan di daerah itu.