fbpx
Now Reading
Kebenaran Ibadah Umrah Ditangguh Bermula 8 Januari – KJ

Kebenaran Ibadah Umrah Ditangguh Bermula 8 Januari – KJ

Setakat 30 Disember, sebanyak 1,306 daripada 11,108 jemaah yang pulang menunaikan umrah telah dikesan positif COVID-19.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Kerajaan hari ini memutuskan menangguhkan sementara kebenaran perjalanan untuk menunaikan ibadah umrah bermula 8 Januari ini sehingga satu tarikh yang akan dimaklumkan kelak.

Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin (KJ) berkata, keputusan itu terpaksa diambil ekoran peningkatan kes Omicron dalam kalangan jemaah.

Difahamkan setakat 30 Disember, sebanyak 1,306 (11.76%) daripada 11,108 jemaah yang pulang menunaikan umrah telah dikesan positif COVID-19.

“Daripada jumlah tersebut, 592 dikesan positif hasil ujian pertama pada hari ketibaan di Malaysia.

“Tetapi, paling membimbangkan adalah, 714 kes dikesan positif hasil ujian kedua yang dijalankan pada hari kelima kuarantin,” katanya dalam satu sidang media pagi Sabtu.

Tempahan tiket perjalanan umrah ditangguhkan berkuat kuasa 1 Januari

Tambah KJ lagi, tempahan tiket perjalanan umrah yang baharu pula akan ditangguhkan berkuat kuasa 1 Januari.

“Bagi jemaah yang akan berlepas ke Tanah Suci pada 1 hingga 7 Januari 2022, mereka dibenarkan untuk meneruskan perjalanan.

“Mereka bagaimanapun perlu menjalani kuarantin di stesen kuarantin atau hotel yang telah dikenal pasti sebagai stesen kuarantin oleh pihak Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) apabila tiba di Malaysia,” katanya.

Dalam perkembangan sama, Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah menerusai satu ciapan memaklumkan terdapat 9 kluster baharu melibatkan jemaah umrah setakat 30 Disember 2021.

Terdahulu dua hari lalu, kerajaan Arab Saudi memutuskan mewajibkan kembali pemakaian pelitup muka dan penjarakan fizikal di Mekah dan Madinah sebagai usaha mengekang penularan Covid-19 yang semakin membimbangkan di sana.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.