fbpx

Jadi Tumpuan Orang Ramai, Gunung Di Arab Saudi Kembali Dilanda Salji

Fenomena ini disebabkan kawasan sekelilingnya yang telah dilanda cuaca sejuk melampau dan hujan yang berterusan.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

https://twitter.com/7yhy/status/1477226833305350144

Sekitar September tahun lalu, beberapa wilayah di utara Arab Saudi telah dilitupi salji tebal ekoran dari penurunan suhu yang ketara.

Pakar cuaca, penyelidik astronomi dan ahli meteorologi Arab Saudi, Dr Khaled Al-Zaqaq, kemudian menjangkakan keadaan itu hanyalah permulaan.

Terbaharu, sebuah gunung di Tabuk iaitu Jabaz al-Lawz pula diseliputi salji tebal sejak awal pagi Sabtu lalu.

Menurut laporan media tempatan, fenomena ini disebabkan kawasan sekeliling gunung setinggi lebih 2,500 meter itu yang telah dilanda cuaca sejuk melampau dan hujan yang berterusan.

Pusat Meteorologi Kebangsaan (NCM) Arab Saudi menjangkakan salji tebal ini akan berterusan selama beberapa hari.

Foto : Arab News

Tertarik dengan kehadiran salji yang tebal di sana, penduduk tempatan tidak melepaskan peluang untuk berkunjung ke sana untuk bermain salji dan bergambar.

Fenomena gunung yang bertukar putih itu turut mengejutkan netizen di Arab Saudi sehingga isu tersebut tular di media sosial.

Saudi Gazette

Dalam pada itu, NCM turut menjangkakan bahawa ribut petir akan melanda beberapa wilayah sehingga isnin.

Selain itu, mereka juga menjangkakan beberapa kawasan seperti Makkah, Al Bahah, Riyadh, Al Qassim akan dilanda petir serta hujan dan hujan batu.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.