fbpx
Now Reading
Nasi Putih & Kuah Kosong Bukan Makanan Yang Disediakan Untuk Penerima RMT – Dr Radzi Jidin

Nasi Putih & Kuah Kosong Bukan Makanan Yang Disediakan Untuk Penerima RMT – Dr Radzi Jidin

Menurut Dr Radzi, siasatan mendapati makanan yang disediakan pihak kantin di bawah program RMT hanya akan dimakan oleh murid sewaktu di sekolah sahaja.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Menteri Kanan Pendidikan Datuk Dr Radzi Jidin, sebentar tadi mengesahkan nasi putih dan kuah yang tular di media sosial bukanlah makanan untuk penerima Rancangan Makanan Tambahan (RMT) di sekolah seperti yang didakwa.

Dr Radzi menerusi satu kenyataan di Facebook menjelaskan wakil Kementerian Pendidikan (KPM) telah turun ke sekolah terbabit untuk menjalankan siasatan terperinci mengenai dakwaan berkenaan.

Namun hasil siasatan mendapati makanan yang disediakan pihak kantin di bawah program RMT hanya akan dimakan oleh murid sewaktu di sekolah sahaja.


“Saya telah menerima maklum balas bagi perkongsian mengenai gambar yang didakwa sebagai makanan untuk murid di bawah Program Rancangan Makanan Tambahan (RMT). Makanan bagi semua penerima RMT disediakan oleh pihak kantin untuk murid makan di sekolah sahaja.”

Menteri Kanan Pendidikan, Dr Radzi Jidin

Beliau dalam masa sama turut menzahirkan rasa terima kasih di atas keprihatinan semua pihak berhubung perkara ini.

“KPM sentiasa berusaha menambahbaik program RMT, termasuk dalam penyediaan makanan dan bekalan susu untuk penerima RMT. Buat masa ini, pemberian susu kepada murid RMT telah ditambah daripada 2 kali seminggu kepada setiap hari persekolahan mulai tahun 2021,” kata beliau lagi.

Terdahulu, seorang pengguna Facebook telah memuat naik gambar makanan yang didakwa dibawa pulang cucu saudara dari sekolah.

Dia menerusi hantaran sama turut menjelaskan cucu saudara itu kemudian memberitahu ibunya bahawa ia adalah makanan yang diterimanya di bawah Rancangan Makanan Tambahan (RMT).

Namun jika diamati pada makanan tersebut, ia hanyalah nasi dan kuah kosong bersama sayur dipercayai hirisan lobak merah dan kobis bunga.

Baca artikel berkaitan :

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.