PLUS Kembali Aktifkan Lorong SmartTAG Di 16 Plaza Tol
Mereka juga akan kembali mengaktifkan 24 lorong SmartTAG di 18 plaza tol selepas Tahun Baru Cina.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
PLUS Malaysia Berhad (PLUS) akam kembali mengaktifkan lorong SmartTAG yang sebelum ini ditutup di beberapa plaza sebelum 25 Januari 2022 untuk kelancaran trafik sempena Perayaan Tahun Baharu Cina.
PLUS menerusi sau kenyataan menjelaskan pengaktifan semula lorong SmartTAG itu bagi mengatasi beberapa isu dan rungutan dibangkitkan pengguna SmartTAG dan pengurusan trafik yang berdepan kesulitan ekoran penutupan lorong tersebut susulan pelaksanaan pembayaran tol menggunakan Identifikasi Frekuensi Radio (RFID).
19 lorong SmartTAG di 16 Plaza Tol akan kembali aktif
“PLUS sedar kesulitan yang dihadapi oleh pelanggan lebuh raya ketika pelaksanaan RFID laluan Juru-Skudai baru-baru ini.
“Untuk itu, PLUS komited untuk mengembalikan semula 19 lorong SmartTAG di 16 plaza tol sebelum 25 Januari untuk kelancaran trafik sempena Perayaan Tahun Baharu Cina,” kata PLUS.
24 lorong SmartTAG di 18 Plaza Tol akan turut diaktifkan selepas Tahun Baru Cina
Tambah kenyataan itu lagi, mereka akan turut mengaktifkan kembali 24 lorong SmartTAG di 18 plaza tol bermula 19 Februari.
“Selepas perayaan ini, iaitu pada pada 19 Februari depan, 24 lorong SmartTAG akan diaktifkan di 18 plaza tol,” kata mereka.
PLUS dalam masa sama turut memberi jaminan akan mengambil segala pendekatan yang perlu dalam mengoptimumkan prestasi sistem RFID dan meningkatkan kadar pengesanan tag RFID di plaza tol.
“Palang tol berganda yang lebih pantas akan dipasang di plaza tol dengan jumlah trafik yang tinggi bagi memastikan kenderaan dapat melalui lorong RFID dengan lebih pantas.
“Lokasi zon pengesanan RFID akan ditandakan pada permukaan jalan bagi membolehkan pengguna memastikan kedudukan kenderaan mereka dengan lebih baik dalam meningkatkan kadar pengesanan yang lebih tinggi ketika melalui lorong RFID,” kata kenyataan itu lagi.
Selain itu, sebagai usaha melancarkan lagi urusan pengguna, pembantu khidmat pelanggan PLUS akan memberi kupon Touch N Go kepada pelanggan yang mengalami masalah pengesanan RFID di lebuh raya PLUS.
Dengan itu pelanggan boleh terus ke mana-mana 24 Pusat Pemasangan Tag RFID di lebuh raya PLUS atau 35 lagi lokasi di luar lebuh raya itu untuk pemeriksaan.
“Jika tag didapati rosak, pihak Touch N Go akan menggantikan tag itu secara PERCUMA.
“PLUS akan terus bekerjasama dengan Touch N Go untuk meningkatkan bilangan pusat pemasangan RFID bagi memastikan pemasangan tag yang betul oleh ejen pemasangan yang terlatih,” katanya.
Terdahulu Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri memaklumkan pengguna jalan raya perlu diberi kebebasan memilih sama ada mahu menggunakannya RFID atau Touch ‘n Go ataupun SmartTAG di plaza tol.
Jelas beliau, mesyuarat Kabinet pada Rabu, 19 Januari 2022 sudah pun membincangkan isu tersebut dan sepakat dengan ketetapan agar rakyat mesti diberikan pilihan dalam membuat pembayaran.