fbpx
Now Reading
Tiada Lagi PKP & Sekatan Balik Beraya, Kata PM

Tiada Lagi PKP & Sekatan Balik Beraya, Kata PM

Kerajaan hanya akan mengenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) secara bersasar sekiranya ada peningkatan kes di sesebuah kawasan.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Umum pasti mengetahui kemunculan varian baharu Omicron sejak penghujung Disember lalu telah menimbulkan kegusaran buat orang ramai kerana dikhuatiri akan adanya lagi Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang kini sudah digantikan dengan Pelan Pemulihan Baru (PPN).

Lebih merisaukan orang ramai memandangkan kita bakal menyambut Tahun Baru Cina selain Hari Raya Aidilfitri yang tinggal berapa bulan sahaja lagi.

Terbaharu semalam, Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob memaklumkan kerajaan memberi jaminan tidak akan melaksanakan kembali PKP atau sebarang sekatan untuk orang ramai pulang ke kampung bersempena sambutan Aidilfitri.

Jelas beliau, sektor ekonomi dan sosial serta pergerakan merentas negeri sudah dibenarkan kembali seperti biasa dan kerajaan hanya akan mengenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) secara bersasar sekiranya ada peningkatan kes di sesebuah kawasan.

“Pengumuman mengenai pendirian kerajaan berhubung perkara itu sudah dibuat sebelum ini dan hanya pelaksanaan PKPD akan dilakukan di kawasan melaporkan peningkatan kes positif COVID-19 membimbangkan.

“Kita tidak akan menutup lagi sempadan negeri dan daerah dan kita juga tidak buat PKP seluruh negara.

“Ekonomi kita akan buka seperti biasa, ada orang kata ekonomi akan ditutup dan itu tidak betul.

“Saya beri jaminan kita tidak akan menutup lagi negara dari segi perniagaan dan sebagainya, bebas seperti sekarang sektor ekonomi kita dibuka seperti biasa, termasuk pergerakan rakyat seperti biasa,” kata Ismail Sabri.

Tambah beliau lagi, sebarang keputusan dari kerajaan untuk melaksanakan PKPD hanya akan dibuat selepas mendapat nasihat Kementerian Kesihatan (KKM).

“Kita fokus kepada ‘targeted area’ saja, katakan di Bera satu kawasan FELDA terkena, FELDA Sebertak sebagai contoh, kalau di situ ada peningkatan kes kita ‘lockdown’ atau PKPD di situ saja dan kawasan berhampiran tidak terbabit.

“Jadi, jangan bimbang dah ada orang buat spekulasi kononnya sambutan Aidilfitri nanti tak boleh balik (kampung), jangan risau kita akan pastikan perkara ini tidak akan berlaku, tidak ada lagi PKP seluruh negara,” katanya.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.