fbpx

Tiada Kenaikan Tarif Elektrik, Kata PM

Dengan keputusan ini, kerajaan akan meneruskan subsidi sebanyak lebih RM700 juta agar pengguna-pengguna domestik tidak terkesan.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebentar tadi mengumumkan bahawa kabinet telah memutuskan untuk tidak menaikkan tarif elektrik membabitkan lebih 9 juta pengguna domestik. 

Beliau menerusi satu ciapan di Twitter turut memaklumkan dengan keputusan ini, kerajaan akan meneruskan subsidi sebanyak lebih RM700 juta agar pengguna-pengguna domestik tidak terkesan.

Suruhanjaya Tenaga dalam satu kenyataan sebelum itu memaklumkan kerajaan pada Rabu lalu telah bersetuju mengekalkan kadar tarif elektrik semasa bagi pengguna domestik di Semenanjung bagi tempoh 1 Feb 2022 hingga 31 Dis 2024 di bawah mekanisme Peraturan Berasaskan Insentif (IBR).

Kadar tarif ini telah digunakan sejak 1 Januari 2014 apabila mekanisme IBR diperkenalkan sebagai dasar baru dalam penetapan tarif elektrik. Keputusan ini juga terpakai kepada pengguna komersial dan industri.

Kenyataan ini dikeluarkan sehari selepas Menteri Tenaga dan Sumber Asli, Datuk Seri Takiyuddin Hassan memaklumkan kerajaan akan melaksanakan kadar tarif elektrik baharu bagi tempoh 2022 sehingga 2024, berkuat kuasa 1 Februari ini.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.