fbpx
Now Reading
Muhyiddin Yassin Disahkan Positif Covid-19

Muhyiddin Yassin Disahkan Positif Covid-19

Muhyiddin bagaimanapun memaklumkan dirinya berada dalam keadaan yang baik dan hanya mengalami gejala ringan justeru perlu menjalani kuarantin kendiri di rumah.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Pengerusi Majlis Pemulihan Negara, Tan Sri Muhyiddin Yassin disahkan positif Covid-19 setelah mendapat keputusan ujian saringan Reaction Transcription Polymerase Chain Reaction (RT-PCR).

Perkara itu dikongsikan bekas Perdana Menteri itu menerusi satu bebenang di akaun Twitter miliknya sebentar tadi.

Muhyiddin bagaimanapun memaklumkan dirinya berada dalam keadaan yang baik dan hanya mengalami gejala ringan. Tambah beliau menurut protokol KKM, beliau perlu menjalani kuarantin kendiri di rumah.

“Alhamdullillah, saya hanya mengalami gejala ringan dan dalam keadaan baik. Mengikut protokol Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), saya akan menjalani kuarantin kendiri di rumah,” kata Muhyiddin.

Menerusi bebenang sama, Ahli Parlimen Pagoh itu turut menasihatkan mana-mana individu yang berkemungkinan menjadi kontak rapat beliau untuk mematuhi protokol yang sudah ditetapkan KKM.

“Kepada sesiapa yang berkemungkinan menjadi kontak rapat saya, saya nasihatkan supaya mematuhi protokol yang ditetapkan oleh KKM. Mohon doakan kesihatan saya dan keluarga,” kata beliau lagi.

Kami doakan TS Muhyiddin diberikan kesembuhan dan dipermudahkan semua urusan. Amin..

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.