
Rakyat Malaysia Terkandas Di Lapangan Terbang Manila Akhirnya Dibenar Masuk Ke Filipina
Namun angka sebenar pengembara yang bersatus rakyat Malaysia bukanlah 13 seperti yang dilaporkan sebaliknya hanya 7 orang.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Pagi tadi media ada melaporkan mengenai 15 pengembara dari Malaysia yang terkandas di Lapangan Terbang Antarabangsa Ninoy Aquino, Manila selepas mereka dihalang masuk oleh Imigresen Filipina gara-gara kelayakan vaksin COVID-19 digital yang tidak diiktiraf di sana.
Insiden tersebut mencuri perhatian orang ramai apabila seorang penumpang yang tidak didedahkan namanya mendakwa pasport mereka turut dirampas dan akan dihantar pulang pada Selasa.
Bukan itu sahaja, mereka yang terdiri dari 13 rakyat Malaysia dan dua warga asing juga terpaksa bermalam dan menunggu di lapangan terbang disebabkan tiada kemudahan hotel yang disediakan untuk mereka.
Namun mereka mampu menarik nafas lega apabila kesulitan mereka diketahui Duta Malaysia di Manila yang turut secara peribadi bertemu dan membantu kesemua mereka dengan membuat rayuan kepada kerajaan Filipina.
Sudah berjaya diselesaikan
Terbaharu, Wisma Putra menerusi akaun Twitter mengesahkan kesemua mereka sudah pun diberikan akses untuk memasuki Filipina ekoran dari tindakan pantas Kedutaan Malaysia di Manila menyelesaikan isu berkenaan.
Bukan 13 tapi hanya 7 orang
Namun angka sebenar pengembara yang bersatus rakyat Malaysia bukanlah 13 seperti yang dilapokan sebaliknya hanya 7.
“Sukacita Wisma Putra memaklumkan bahawa tujuh rakyat Malaysia yang terkandas di Lapangan Terbang Antarabangsa Ninoy Aquino telah dibenarkan memasuki Filipina, berikutan tindakan pantas Kedutaan Malaysia di Manila. Kudos team @myembassymanila,” kata kenyataan tersebut.
Wisma Putra is pleased to inform that 7 fellow Malaysians who were stranded at the Ninoy Aquino International Airport have been allowed to enter the Philippines, following swift action by our Malaysian Embassy in Manila. Kudos team @myembassymanila! https://t.co/ACA599BI07
— Wisma Putra (@MalaysiaMFA) February 14, 2022
Berita sama turut dikongsikan Menteri Luar Negeri, Dato’ Sri Saifuddin Abdullah menerusi satu ciapan di Twitter miliknya.
Alhamdulillah, dimaklumkan warga Malaysia yang terkandas di Lapangan Terbang Antarabangsa Ninoy Aquino sejak semalam telah dibenarkan memasuki Filipina petang tadi susulan tindakan Kedutaan Malaysia di Manila @myembassymanila. https://t.co/srIPIrhYfi
— Saifuddin Abdullah 🇲🇾 (@saifuddinabd) February 14, 2022
Baca artikel berkaitan :
Foto : The Star/ The Sun