fbpx
Now Reading
Malaysia & Filipina Kini Saling Iktiraf Sijil Vaksinasi

Malaysia & Filipina Kini Saling Iktiraf Sijil Vaksinasi

Dengan ini, pengembara dari Malaysia kini dibenarkan memasuki Filipina dengan bukti sijil vaksinasi lengkap dalam MySejahtera.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Kerajaan Malaysia dan Filipina kini mencapai kata sepakat untuk saling mengiktiraf sijil vaksinasi Covid-19 di antara kedua-dua negara secara timbal balas.

Perkara itu dikongsikan Wisma Putra menerusi satu kenyataan media yang dimuat naik di akaun Twitter rasmi mereka sebentar tadi.

“Pengembara dari Malaysia kini dibenarkan memasuki Filipina dengan bukti sijil vaksinasi lengkap dalam MySejahtera sementara pengembara dari Filipina dibenarkan memasuki Malaysia dengan bukti sijil vaksinasi lengkap dalam VaxcertPH,” kata kenyataan tersebut.

Malah persetujuan tersebut yang dicapai semalam, 14 Februari 2022 membolehkan Kedutaan Besar Malaysia di Manila membantu tujuh rakyat Malaysia yang terkandas di Lapangan Terbang Antarabangsa Ninoy Aquino, Manila pada 13 Februari untuk memasuk Filipina secara rasmi.

Menerusi kenyataan sama, kemasukan pengembara bagaimanapun tertakluk kepada prosedur kuarantin semasa yang ditetapkan oleh pihak berkuasa di kedua-dua negara.

Tambah Wisma Putra lagi, secara dasarnya Kerajaan Malaysia mengiktiraf pengembara yang lengkap menerima vaksin diluluskan bawah Senarai Kegunaan Kecemasan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) atau yang diluluskan oleh pihak berkuasa negara tertentu.

Namun begitu, pengiktirafan sijil digital vaksinasi MySejahtera adalah tertakluk kepada keputusan kerajaan negara lain.

“Kerajaan Malaysia dan Kerajaan Filipina juga sepakat untuk meneruskan kerjasama ke arah verifikasi ketulenan sijil vaksinasi Covid-19 kedua-dua negara secara dalam talian dengan sistem yang lebih selamat dan terjamin bagi memudahkan laluan kemasukan pengembara telah lengkap divaksinasi,” kata kenyataan itu lagi.

Terdahulu media melaporkan 7 rakyat Malaysia terkandas dan terpaksa bermalam di Lapangan Terbang Antarabangsa Ninoy Aquin selepas kemasukan mereka disekat kerana sijil vaksin digital Malaysia dalam aplikasi MySejahtera bukan bukti vaksinasi yang diterima oleh pihak berkuasa di sana.

Namun atas usaha Kedutaan Besar Malaysia di Manila dengan saranan Kementerian Luar Fiipina, ketujuh-tujuh individu tersebut akhirnya berjaya di benarkan masuk.

Baca artikel berkaitan :

© 2021 BuzzKini. All Rights Reserved.