fbpx
Now Reading
Lelaki Di Perlis Melecur Hampir Seluruh Badan Gara-Gara Kereta Terbakar Di Tepi Jalan

Lelaki Di Perlis Melecur Hampir Seluruh Badan Gara-Gara Kereta Terbakar Di Tepi Jalan

Mangsa kemudiannya dikejarkan ke Hospital Tuanku Fauziah untuk mendapatkan rawatan

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Seorang lelaki dilaporkan melecur 80% selepas dia dan kereta Perodua Axia yang dinaikinya terbakar di tepi sebuah jalan raya di Kangar, Perlis.

Dalam kejadian yang berlaku sekitar jam 8.45 malam, Rabu (16 Februari) di Jalan Baru Kampung Syed Omar, Bintong, mangsa yang melecur teruk kemudiannya dikejarkan ke Hospital Tuanku Fauziah.

Menurut Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kangar Shahrunnizam Kamar Bashah, sepasukan 10 anggota bersama jentera dihantar ke lokasi selepas pihaknya menerima panggilan pada pukul 8.49 malam.

“Kebakaran melibatkan sebuah kereta Perodua Axia yang telah terbakar hampir 90%. Terdapat seorang mangsa lelaki yang terbakar hampir 80% dan berjaya dikeluarkan oleh orang awam.

Foto : Bomba Perlis

“Sebaik tiba di sana, api sedang marak membakar kenderaan tersebut dan kami berjaya memadamkannya pada jam 9:20 malam,” kata beliau.

Difahamkan operasi tamat sepenuhnya pada jam 9.44 malam dan punca kebakaran masih dalam siasatan.

Insiden kejadian memperlihatkan mangsa berjalan dalam terbakar turut tular dan sohor di media sosial selepas dikongsikan oleh orang ramai.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.